Semalam dalam kesibukan yang terlampau tetapi merawat satu kes ini sangat mengganggu fikiran mama..kes unwanted pregnancy yang mama kesan secara kebetulan .begini citernya:

Berusia 20tahun bentuk fizikal gadis ini agak nampak dewasa berbanding usianya kelihatan sangat naif berpakaian seprti gadis low profile.tanpa mekap secalit di muka..tapi dia cuma bermasaalah dengan sembelit dan sakit perut.penyakit biasa je kan.?
So kalo nak jalan pintas boleh tulis ubat sembelit dan ubat angin selesai kes..boleh call next patient..senang keje…huhuhu…tapi jangan gitu bukan itu caranya merawat patient ..sesibuk manapun sebagai doktor complete history taking dan clinical examination jangan diabaikan..banyak yang kita terlepas pandang nanti.

Dia datang bersama ibunya yang hanya berdiam diri mendengar..
sakit perut dan sembelit tapi kalau patient pempuan nak kena tanya juga last menses ish wat pa sibuk nak tanya menstrual history patient ni belum kawin lagi pun?…
Dah lewat sikit bulan ni tapi katanya memang periodnya selalu gitu takberapa tetap..orait..
selesai pemeriksaan fizikal mama minta peksa urine@air kencing.tanpa banyak bertanya dia akur..
Tapi UPT (urine pregnancy test) yang mama buat agak memeranjatkan..appear 2 garisan merah ..ishh tak percaya buat sekali lagi sama gak resultnya..konfirm mengandung!

Ibunya nampak sedikit kurang terkejut berbanding mama..beria-ria gadis ini menafikan yang dia pernah ada hubungan intim dengan sesiapa ..di sokong hujah ibunya,
Kami bertiga aja di rumah selepas arwah bapanya meninggal..adik lelakinya masih bersekolah.kaka sulungnya dah kawin tapi tinggal berasingan ,dia bukan anak gadis yang suka keluar rumah berpeleseran seperti gadis sekarang..makcik memang jaga dia sepanjang masa..kemana-mana pun dengan makcik je…cerita ibunya cuba meyakinkan mama..

Si gadis kelip kelap dia memandang mama ,kemudian tunduk merenung kartrej UPT yang mama tunjukkan ..
Agak lama mama cuba mendapatkan cerita sebenar tapi nampaknya sigadis masih menafikan..takkan dibuntingkan bunian kowt? takleh jadi ni diluar ada patient dah mula menjenguk, staf dah mengintai dua tiga kali kerana agak lama mungkin…
Kalau mengandung doktor bagi ubat bagi gugur aje la… pinta ibunya.Setel?Semudah itu? ibu tak mo ambik tahu siapa yang membuntingkan anaknya? atau saja takmo bagitau?..atau memang dia dah tahu?..penyakit fizikal memang mudah nak ubat tapi ni ada gejala so’sial’ yang perlu diubat juga wahai makcik..

Mama minta ibunya tunggu di luar sebentar supaya dapat mama berbicara dari hati ke hati dengan gadis ni..dari airmuka memang ada cerita yang belum terungkai…

ok sekarang cuba bagitau siapa sebenarnya yang merogol kamu?perompak?orang minyak? bunian?….

Abang ipar saya..dia ambik kesempatan bila balik ke rumah ibu
bukan sekali tapi sejak berusia 16tahun lagi..dah 4tahun !
tapi takpernah mengandung ..
dah bagitau kakak tapi dia takpercaya ,dia nak bukti?kamu tak mengandung pun selamba kakak xpernah percaya.
bila bagitau ibu lagi ibu tak percaya..suami kakak kamu tu dah tua takkan dia nak buat perangai camtu..
sejak tu dia hanya berdiam diri diperlakukan begitu..

mungkin juga dia dah pun dah ketagihan diperlakukan begitu..takpernah melawan xpernah menjerit?Abang ipar yang jadi raja kakak dapat adik iparpun dapat..
Dush!dush!dush! ..rasa nak bagi penumbuk gitu kalau abang iparnya ada kat depan ni..

Sangat kesal bila dibagitau ibu kisah sebenar dia hanya lebih kesahkan nak gugurkan kandungan dari nak mengambil tindakkan terhadap menantunya.
Cuma bila mama ugut nak report baru dia janji nak wat sesuatu pada menantunya yang mama rasa mungkin hanya janjipalsu..

Kot menantu ni tempat dia bergantung taktau ler pulak ..dah tersangkut budi termakan jasa hinggakan sangat takut berdepan dengan menantu hantunya tu.

Maaf saya takder ubat nak buang bayi tu ..juga tak bersubahat nak tamatkan nyawa yang takberdosa tu…tapi sangat benci dengan zina yang berlaku dalam rumah itu..