hari ni umah penuh dengan anak-anak saudara:
Dek Mira dari Nursing school balik bercuti emergency, ramai pelajar di kolejnya kena histeria satu blok kena hantar balik..may be filem seram dan hantu yang banyak di media sebagai puncanya..buka semua saluran tv ada saja kisah hantu..dah cam trend pulak.Katanya ramai kawan-kawannya bercakap mengilai dengan dialihsuara jd suara oranglaen yg agak mengerikan.

Ein anak sedare di Poli Ipoh tepon nak datang..ketenya pulak meragam..takpa angah yang sedang bercuti boleh tolong ambikkan.

Acu dari KL pun beritahu nak singgah sebelum balik ke rumah mak di TI.

petang tu selepas klinik sessi petang mama sempat masak lauk buat santapan*pinjam bahse istana tetamu -tetami ini yang selalu istemewa di hati mama.Zup zap zup zap udang goreng kunyit,sambal sotong dan ayam masak sos tiram siap sebelum mama masuk kerja semula selepas maghrib nanti.

Selesai klinik malam tu agak lewat kerana ramai pesakit mujur bila tiba di rumah Acu dan anak-anaknya,Dek Are, Ein dah makan di hidangkan oleh Arep,Ajim dan Kak anis serta Angah.