Longlai pemuda Melayu berusia 40tahun masuk ke bilik mama diringi 2orang adik perempuannya.Ingatkan salah sorang darinya mungkin isterinya tapi tekaan mama tersasar..

Dari lenggok jalan dan air mukanya mengingatkan mama pada patient -patient yang berpenyakit kronik berHIV positif yg pernah mama temui sebelum ini.Tapiiii……..nanti dulu jgn menuduh sebelum diperiksa ya xbaik gitu kan?

Badannya kurus kering pucat lesu terutama bola matanya ..kulit nya dipenuhi bintil2 berwarna hitam dan merah diseluruh badan terutamnya bahagian belakang,..mulutnya ada kuping2 putih melekat disoft palatenya dengan permukaan mulut=mukosa berwarna merah spt strawberi masak….sakit nak menelan katanya…oral thrush!
cirit birit, batuk2 kecil dgn kahak menggelegak..Adush!..memang cam penyakit kurang dayatahan yang itu..

merokok? geleng..
ala baru berenti minggu lepas sejak batuknya menjadi-jadi ..sahut adiknya.
lain pada rokok?geleng-geleng …
pernah hisap dadah?…errrr..angguk2 dulu-dulu masa umo 18tawun sekarang xder dah…heran gak begitu mudah berenti? susah nak percaya..pernah guna jarum?bukan jarum jahit kain tu maksud mama cucuk -cucuk dadah -IVDU? dulu-dula ada la skrg dah xder.Sukar nak percaye kan?

tapi sebenarnya dia datang bukannya nak di soalsiasat gitu dia nak minta rawat penyakit batuknya yang takmo baik-baik dah berapa bulan dah..adik pempuannya yg jadi pengiringnya bersuara walaupun dahinya agak berkerut bila dengar abang pernah jadi misi *suntik dadah.
Tak ngapa biar mama bersendirian kejap ngan patient mama minta adik-adiknya tunggu di luar..Kan banyak cerita yang keluar pastu..masih ambik dadah tanpa pengetahuan keluarga, sadisnya isterinya masih dalam pantang di tinggalkan di kampung isterinya ,wifenya nurse plak tu..aduhh..dia janji balik ke kampung keluarganya di sini nak berubat..

Bila selesai peksa dan puashati dengan sejarah lalu yg di perolehi mama minta nak ambik darahnya untuk di periksa untuk status HIV nya..nanti dah dpt result mama akan call.Nak rujuk ke spital dia menolak mentah-mentah kerana katanya pasni emaknya nak bawa berubat kampung lagi.
HIV + TB selalunya berkawan baek bisik mama dalam hati tapi kalau dah patient tak nak ke spital takkan nak paksa heret pulak.tengok keadaannya pun rasa macam dah masuk end stage AIDS dah..lepas bekalkan ubat untuk jangkitan paru-paru dan oral thrush mama dgn berat hati nak lepaskan dia pulang ke rumah..patutnya tempat kamu di spital
Bila dapat result ditangan beberapa hari selepas itu mama call no yang ditinggalkan patient tu,emaknya menjawab.
Apa kabar anak makcik si fulan tu?
Dah elok siket nampaknya lepas berubat kampung hari tu. *lorr yang ubat bekalkan hari tu dia xkomplemen mama ke? takpa2 tak terasa apa-apa pun..
Betul cakap bomoh tu anak makcik ni kena buatan orang..dah lama dah.dah dekat 8bulan kata bomoh tu ..meriah makcik bercerita di hujung talian.

Tapi makcik, saya nak bagitau hasil ujian darah dia ada masaallah sikit boleh suruh dia kemari segera?

Ye ke? errrr..tengok ler nanti.nak kena putus ubat dulu dengan bomoh tu ..

camna tu?..nak kena inform *PKD kalau camni.{PKD-pejabat Kesihatan daerah}