Kalau bukan kerana pempuan ini mama takmungkin habis selewat ini..
Geram dengan kisah derhakanya pada Allah menyebabkan mama terpaksa memberi lebih masa pada kes yang satu ini walaupun mama tahu diluar sana ramai pesakit yang dah resah menunggu dan malam semakin larut..
Tapi mama perlu melakukan sesuatu pada kisah hidup wanita jahil ini;

wanita gempal berusia lewat 20+ yang masih single ni datang berulang kali dengan kisah kencing sakit atau kencing kotornya tapi kali ini mama mula ingin bertanya lebih lanjut tentang sakitnya..mungkin rasa syak wasangka mama bersebab walaupun agak mengarut pada sesetengah orang..

wanita gempal ni belum kawin tapi berbadan seperti orang yang ‘kawin’..jangan tanya mama camna nak tau rupa pempuan yang belum kawin tapi berbentuk fizikal cam orang berkawin ‘sexual’ sbb hanya jauhari yang mengenal manikam..ehehehe

Dah ada teman?boyfriend?kawan lelaki?
Sengih …Ada?
sejauh mana akrabnya hubungan kamu?
Kami berkawan baik kebetulan dia sepupu saya tapi sepupu jauh..akrab macamana?
Uish susah nak berkias-kias pulak…
Errr maksud saya pernah kamu melakukan seks dengannya..
Pernah..ada ler
Banyak kali???
Ada ler..dulu pernah gugur sekali..
Itu ler sebabnya dia selalau dapat masaalah jangkitan saluran kencing @ kencing kotor berulangkali..

..mereka yang macam ni usah ditanya bab dosa pahala kerana kalau xnampak dosa tu berlonggok depan mata xkan mereka percaya ..sebab itu mereka lebih akur dengan nafsu dari takut dengan azab Tuhan.

Dan yang sadisnya perbuatan mereka itu berlaku di rumahnya sendiri dan diketahui oleh bapanya yang dah lama menduda!Peliknya bapanya tidak sedikitpun marah atau menghalang perzinaan itu malah hanya bertanya ;
“Bila kamu berdua ni nak kawin?Kamu pandai-pandai jaga diri jangan sampai bunting”

Itu aje?takut masyarakat tau tapi xtakut pada Ya Rabbi..

Masaalahnya sekarang boyfrennya dah beralih cinta..terkejut beruk sigadis ini bila dia buat “suprise visit
‘ ke rumah boifrennya ada wanita lain di dalam bilik itu..

surah an-Nur ayat 26, Allah s.w.t. berfirman maksudnya: “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik…..”