selamat berpuasa…
bersemangat nak wat entry baru walaupun bau makanan kat luar tu menerpa masuk.Bazar Ramdhan depan pintu je..isk..isk..cobaan betul.

Kesian tengok makcik ni,umo 59tawun tercungap-cungap bernafas,badannya terlalu kurus walaupun perutnya nampak buncit dan kedua belah kakinya bengkak sakan meninggalkan kesan lubang bentuk jari mama bila ditekan lama-lama …pitting edema
walaupun kad bertimbun atas meja dengan riuh budak menangis diluar menunggu tapi ada sesuatu yang perlu diberi perhatian serius makcik ni…
Kurus diatas gemuk dibawah pelik tak?

muka cengkung,kedua-dua belah tangannya kecut dan sangat kurus,buncit perut seperti mengandung 5bulan je rupanya,Bengkak kaki; nafasnya naik turun dengan tegang urat leher seperti ikan terlepas atas daratan je rupanya .
Nadinya sangat laju dengan dadanya kencang naik turun seperti orang baru lepas berlari …selak tudung untuk tengok lehernya nampak apa yang mama fikirkan? sebesar buah limau nipis kelenjar tiroid membengkak…naik turun bila disuruh menelan air liur.

Kesan lebam di cubital fossa dilengan kirinya sangat ketara membuatkan mama bertanya kenapa?
“Baru ambik darah kat spital semalam..bulan sembilan doktor suruh pegi pulak..tapi satu ubatpun doktor tak bagi semalam …tu sebabnya saya ke mari pulak hari ni.”

OOOOO ..semalam dah pergi ke hospital pastu doktor suruh ambik darah..sebulan lagi baru pergi jumpa doktor? dah tu yang penat, bengkak kaki ,buncit perut sempat ke makcik ni tunggu sebulan lagi di rumah?…..

Makcik kenapa biar sampai jadi gini..penyakit ni boleh dirawat xler sampai teruk gini kalau datang cepat..boleh saya ambik darah makcik untuk mengesahkan penyakit makcik? soal mama.soklan x relevan kan?kan semalam dia dah pegi jumpa doktor?..

takkan doktor tak perasan semua tu.mungkin dia ambik darah kat misi je kot pastu depa suruh balik..ye la gomen spital keputusan darah lambat sikit ..kalau wat tiroid profile kurang-kurangnya sebulan baru dapat resultnya itupun kalau bernasib baik..kadang-kadang selepas sebulan pegi nak ambik result depa bagitau result dah hilang pulak?

Fenomena lazim dilab gomen …

‘ Bukan xmo datang sini tapi doktor tau ler ..nak kena cari duit dulu”..Faham-faham tapi mama tidak ler sekejam tu kan..Mata ni belum ler asyik nampak $$$$$$

“Saya nak ambik darah makcik hari ini..pasal duit belakang kira ..yang penting nak sahkan paras hormon tiroid makcik tu dulu..”

Nak rujuk semula ke spital makcik berdegil berkeras xnak pegi dah sbab baru je pergi semalam habih tu camna??..terpaksa bekalkan ubat sepatutnya …

…dan selepas 2hari keputusan darah yang ada ditangan mama hari ni mengesahkannya!cepat-cepat mama tepon anaknya..

‘ ‘Alhamdulillah kaki mak dah kurang bengkaknya,dah boleh tidor, dah mau makan ..penatnya pun dah kurang..terima kasih Hajjah” bagitau anaknya.
“Tapi nak suruh mak pergi hospital payah ler bulan puasa gini”…