Young Indian couple ni bawa anak tunggalnya yg baru berusia 10bulan jumpa mama..melihatkan alamatnya yang tinggal agak jauh dari sini menyebabkan mama tertanya-tanya apa yang membawanya datang hingga ke sini?

Saudara saya yang tinggal disini rekomen datang berubat di sini; katanya.

Anak saya selalu sangat batuk2 terutamanya waktu malam,selsemanya sangat lama.kadang-kadang nafasnya ada bunyi macam penat..banyak sally(=kahak )xder demam- bagitau bapa muda ni yang nampak sgt risaukan anaknya..isterinya mengiakan saja.

Pernah saya bawa anak saya pergi berubat di spital dekat rumah tapi doktor kata xder apa-apa.Ubat batuk yang dibagi xjuga berkesan.
Banyak kali saya bawa se spital dan klinik hingga pernah pembantu doktor bagitau supaya saya tukar je nama anak saya kepada nama lain..dia kata nama anak saya tak sesuai sebab tu selalu sakit…berkerut dahi sibapa.
Mana boleh senang-senang aja nak tukar nama yang tertulis di sijil kelahiran????

Hhehehe sampai bab ni mama xleh tahan lagi nak tergelak..apa punya nasihat la.

Agak-agak apa masaalah anak ni; sedikit clue yang mama dapat dari history
1.) ada sejarah keluarga yang asthma…
2.) batuk teruk diwaktu malam dan awal pagi