Pernah terjadi kejadian histeria di sekolah anda?
Ada yang kata gangguan makhluk halus tapi doktor kata may be personaliti tersebut dlm strees yg terlampau jadi ..entahlahhh..

Tiba-tiba sekolah Ajim dan Arif di ganggu makhluk halus…pelajar-pelajar terutamanya yang perempuan menjerit bersahut-sahutan seperti kena rasuk.Hari pertama 1-2 orang aje tapi keesokkannya dah bertambah berganda-ganda 30-40 pelajar terlibat..
Bila hari berikutnya gurunya pula yang kebanyakkannya perempuan dah mula longlai dan seram sejuk badan bila pelajar dalam ‘rasuk’nya bagitau ada orang kacau tempat tinggal mereka sambil menunjukkan pokok besar belakang sekolah …
.bermula dengan kemah ibadah di sekolah (bila ada aktiviti lewat malam untuk bermuhasabah diri berakhir dengan hilaian dan jeritan seperti dirasuk sesuatu..kabarnya kakak yang jadi fasilitator yang terlebih sudah jerit dan racaunya.)

Teringat cerita benar sepupu mama (*pempuan)pernah suatu ketika dulu pun pernah kena histeria begini.Masa tu mama sedang bercuti pra-U Asasi Sains jadi berkesempatan melihat sendiri kejadian tersebut.

Peliknya ‘makhluk halus’ tu siap bagi appointmen nak masuk dlm badan sepupu mama sekian sekian masa dan nak keluar sekian sekian jam.
Jadi bila jam 11pagi badan my cousin yang baru tingkat 3 masa tu akan jadi longlai tak bermaya ..kemudiannya dia akan bangun bertenaga selepas itu dan mula bercakap dengan suara seorang gadis yang fasih berbahasa Indon..boleh mengaji dan membaca Quran tanpa melihat naskahnya..
Pastu dia akan memerhati setiap orang yang datang melawatnya dan mula me’nujum’ pelbagai perkara tentang diri mereka.Hinggakan orang tu sembayang atau tidak pun dia tahu..pekerjaan kita pun dia boleh bagitau dgn tepat..
Ajaib gitu?
Dah tu ramai la orang dah mula percaya dan minta dia berubat, bawa air untuk dijampi bagai…

Last-last bila berubat dengan ustaz baru dia pulih spt sediakala..rupanya ayat Quran yang dibacanya pun xbetul ayatnya cuma nak kaburi mata mereka mereka yang jahil untuk mempercayai kekuasaannya..