Semalam memang mama x buka klinik..malam off mama,malam yang mama sentiasa nantikan untuk bersama Arep dan Ajim..baca surah-surah pendek dan tafsirnya skali,supaya menjadi peringatan pada kita yang lupa..

Tapi hari ini, lebih tepat malam ini mama agak kalut dengan patient yang banyak urgent dan cemas silih berganti perlu dirujuk ke hospital..yang sepatutnya mereka terus ke emergency di hospital tapi datang juga ke sini mungkin sebagai pilihan untuk tidak di masukkan ke wad.
Tapiii mama terangkan pada ibu muda ini kenapa anaknya yang belum setahun tu …tercungap-cungap dan enggan menghisap susu sejak semalam perlu dirujuk ke hospital setelah nebuliser yang mama berikan tidak banyak merubah keadaannya.Cuba lihat hidungnya yang kembang kempis, perutnya yang berombak laju bila bernafas dan tegang urat lehernya menghela nafas serta krup krap bunyi dalam dadanya bila bernafas..sign yang mencemaskan tapi ibu muda masih kurang cemas dgn keadaan anaknya..

Pakcik pengidap gout yang sorang ni lagi nampak tenang walaupun katanya kencing berdarah merah sejak 5hari yang lepas..gout selalu kamceng dengan batu karang dalam saluran kencing kan?tapi selalunya sakit bila nak kencing akibat akibat karang pesakit akan meluru laju masuk cemas ke bilik mama untuk meredakan sakitnya…berlaianan dengan pakcik ini yang tenang tenang aja.

‘ Tak sakit pun walaupun kencing pakcik berdarah” bagitau dia.Katanya semalam dah datang tapi kerana klinik tutup dia tunggu hingga malam ni ..Erm Alahaiiii..pakcik setianya.Mukanya nampak pucat,tekanan darah agak rendah, kulitnya berkedut kering letih kelihatan raut wajahnya yang masih cuba disembunyikan dalam senyum tawarnya pada mama.Mengharap mama untuk merawatnya barangkali…

Tapi mama terkedu bila lihat airkencing nya yang pekat dengan darah termasuk ketul-ketul darah beku seperti tumpah darah pempuan haid je dalam bekas yang mama berikan untuk dia isi dgn airkencing tu.

Mama tutup bekas urine@kencing tu kemas-kemas, minta staff masukkan dalam plastik bag dan kemudian berikan pada anaknya yang mengiringinya.

‘ Maafkan saya pakcik tapi saya rasa keadaan pakcik begini perlu pemerhatian yang lebih rapi..saya rasa pakcik perlu ke hospital segera..sebelum pakcik hilang lebih banyak darah lebih baik saya rujuk ke sana’

Rujuk lagi?Why not?..

Tiba=tiba Pakcik seusia ayah menutup mukanya, cebik menangis!Ehhh kenapa pulak ni? Salah kah mama?

‘Pakcik taknak ke spital tu lagi, pakcik benci dgn doktor sana.pakcik yang tua ni diaorang buat endah takendah aje masa pakcik teruk kena cirit birit dulu..dia masuk air kat kecemasan pastu suruh pakcik balik walaupun pakcik taklarat …dktor bagitau xleh masuk wad sebab dalam wad banyak orang sakit nanti takut berjangkit ngan pakcik yang tua ni..hantar pakcik ke spital lain’ pintanya…Laaa.. gitu pulak ke?Hmmmm..