Selesai Azan Maghrib semalam mama bergegas siapkan diri untuk bersolat sebelum ke klinik semula.Tiba-tiba pintu di ketuk Ajim; ‘mama ada orang nak jumpa kat luar’..bgatau Ajim.

Eh siapa pulak datang di waktu waktu begini?.Abah masih di surau.Risau jugak nak entertain tetamu tak dikenali diwaktu-waktu begini dan tentunya ada hal mustahak ni.

Sambil mengenakan telekung mama bergegas ke luar..dalam samar malam di sinar lampu jalan nampak sekumpulan lelaki dluar pagar.. MPV dipark betul-betul didepan pagar.

Salah sorangnya Ajim kenali, cikgunya…legaaa

“Napa cikgu?” masih curiga.
“Ada kematian.Adik saya.Nak minta doktor tolong sahkan kematiannya boleh?.Jom ikut saya” pinta cikgu.

Alamak..camna ni? malam-malam gini mama kureng suka nak menjelajah rumah orang yang tak dikenali.Jauh sekali nak tumpang kereta mereka pulak ..Bahye!
Pastu yang mati ni masih muda lagi ,umur 40an mati di rumah ..aikk? cam ada yang tak kena je.Terbayang sijil kematian yang pernah mama pernah isi sebelum ini..yang lain no problem tapi sebab- sebab kematian?..Tapi mama hanya perlu sahkan mati atau tidak aje kan? so okeylah.

Tiba-tiba cam ada mentol menyala atas kepala mama ..klik.Dah dapat idea.

“Maaf saya tak boleh ikut sekarang, bagi nombor tepon dan alamat umah pasni saya pergi” jawab mama.

Selesai Maghrib , abah dah balik dari surau ..tasknya nak antar Ajim pergi tuisen pastu hantar mama pulak..pulak tu abah nak cepat sebab ada mesyuarat plak lepas maghrib..Kalutt jadinya.Mama call klinik bagitau lewat sket tiba sebab ada hal..takut patient resah plak menunggu di klinik.

Mujur rumah kematian tak jauh ke pendalaman.Dari jauh nampak mereka dah tunggu di tepi jalan.
Tiba di sana sayup-sayup bacaan Yasin kedengaran.Banyak kereta di luar rumah, yang lelaki berada di luar..dalam rumah kaum wanita ..kebanyakkannya wajah wajah yang mama kenali..patient mama juga…sugul.Mama dibawa ke bilik yang terdapat katil bujang ..terbujur ditutupi kain putih sangat leper sekujur tubuh yang sangat-sangat kurus..hampir tinggal rangka di atasnya.Wajah ibunya dihujung katil tiba-tiba mengingatkan mama pada sesuatu…ramai yang mengintai dari luar bilik..
” Ini anak makcik yang pernah makcik ceritakan pada saya dulu ke?” tanya mama pada ibunya.

Dulu ibu ini pernah bercerita ada anak-anaknya yang menagih dadah..dan ada penyakit pengiring yang selalu kamceng dengan mereka -mereka yang kepingin jadi doktor tak bertauliah ni..HIV…yang kemudiannya menjadi AIDS dan akhirnya mereka tewas kerananya..diusia yang sangat muda.

Setelah mengesahkan kematian ..mama menulis sesuatu atas sekeping kertas minta dibawakan ke balai polis untuk urusan selanjutnya.

” Makcik yang jaganya selama dua bulan dia terlantar sakit..baru 4hari lepas keluar wad sebab batuk-batuk..sejak dua hari lepas dia semakin teruk..” bagitau makcik sambil mengesat airmata dengan hujung lengan bajunya.Kesian makcik..

Masuk yang ini dah dua orang anak ibu ini mati akibat AIDS…

” Makcik, doakan kebaikkan untuk dirinya makcik..mudah-mudahan Allah menerimanya bersih disana selepas terseksa menderita dengan penyakitnya di dunia.mungkin itu sebagai pembersih dosanya.”.

.tutur mama ikhlas walaupun mama tau hancur luluh hati ibu ini bila anaknya terperangkap dalam gejala so’sial’ begitu.