Sorang demi sorang patient masuk bersilih ganti,hujung minggu begini nampak patient semakin ramai..kad patient semakin bertimbun dan bertambah atas meja..satu persatu mama tanya, mama peksa dan mama cuba jelaskan penyakit dan kenapa ubat perlu di beri atau kenapa perlu balik aja tanpa ubat atau perlu dirujuk ke hospital..Patient mama yang setia begitu ‘ patient’ menunggu giliran untuk di rawat..Macam-macam ada….

Kadang-kadang takperlu tanya banyakpun historynya dah tau diagnosisnya..manakan tidak kalau makcik ni ,yang selalu datang dengan senyuman manis ambik ubat kencing manis tapi hari ini masuk tergesa-gesa kerana ada ‘benda’ di telinganya..sekor cekenit sedang kenyang menjunam kepalanya di cuping telinga makcik ni..Adoi!!! sakitnya bila mama cuba menyentuh cekenit yang dah tembam sekali ganda badan asalnya..dah merah dan sangat sakit.sekali mama titis dengan ubat ***** tergolek sang kenit tu jatuh atas gauze….ehehe makcik dah boleh senyum kembali walaupun masih menahan sakit.

Demam,selsema,cirit, sakit situ, sakit sini, bengkak sana bengkak sini, semua tu kes biasa..eh! dah hampir lewat pagi 11.30 dah…2keping roti alas perut dengan secawan cappucino mencergaskan mama lagi..cam biasa mama tidak akan berhenti minum sehingga selesai semua patient dipeksa walaupun emak akan selalu ingatkan mama tentang itu…”satlagi takut hang pengsan” .kalau tepon mesti lah itu pesannya…itulah mak …

-mama agak risau tengok anak gadis makcik ni yang asyik demam-demam dah hampir sebulan..Haah!sebulan!3haripun dah lama makcik oii…macam ada yang kena bila tengok badan yang dah kurus kering tu..tapi bila mama minta rujuk ke spital dia masih lagi nak minta tangguh untuk melengkapkan tempoh berubat kampung; minta tangguh lagu 2hari lagi boleh?nak selsesaikan rawatan mandi bunganya…….nak cek darah dia takut habis darah anaknya yang dah melidi tu..haruuuu..jenuh dipujuk baru setuju ambik darah tapi masih enggan ke spital..

Sedang merawat makcik yang demam panas lepas 3hari kematian suami tiba-tiba sorang pakcik meluru masuk;

“saya kena sengat lebah!banyak , habis seluruh badan “

bagitau pakcik ini yang mukanya dah mula membengkak..isterinyapun sama habis seluruh badan juga disengat sekawan lebah dikebun bila sarang diganggu……

Makcik yang demam panas tadi mama selesaikan sebelum sempat makcik mengesat air mata sedih ditinggal suami selamanya.Maafkan mama..simpati mama hulurkan.
Mama perlu rawat kedua suami isteri malang ini terlebih dulu dengan kadar segera sebelum menjadi lebih teruk…sengat binatang berbisa ni bukan nya boleh dilewat-lewatkan..setiap detik berharga.Kalau sekor aje lebah tak lah risau sangat ni takterbilang banyaknya..Mata,muka, belakang kepala ,badan hingga alat ***** bengkak teruk..mujur pernafasannya okey..
‘dia ni ada kencing manis dan darah tinggi” ,kata isterinya yang lebih risaukan suaminya berbanding dirinya sendiri walaupun dia dah mula meloya pening..
Pakcik enggan berbaring di katil walaupun2-3 kali mama minta dia berbuat demikian,

” saya takut saya tak bangun dah”

kata pakcik menjelaskan..ooooooo gitu ;

saya nak masuk air kat tangan pakcik tu boleh?”

ehehehe akhirnya dia mau akur dengan permintaan mama.Dah injek ubat ****** dan ubat ***** kedua-duanya baru mama cari siapa pembawa mereka datang ke klinik.Rupanya anaknya yang bawa tadi hilang entah ke mana; katanya nak pergi minum tadi .makcik, ibunya bagitau.Jenuh la staff mama meninjau-ninjau cari takjumpa.Mama nak suruh dia bawa mak ayahnya segera ke hospital walaupun mereka ni nampaknya cool gitu..

Awat la anak dia taktau ka parent dia dalam bahaya..boleh pengsan dan berhenti nafas camtu saja..boleh kena severe allergic reaction yang kita panggil ana-phy-laxis(Anaphylaxis is a severe allergic reaction that occurs rapidly and causes a life-threatening response involving the whole body. This reaction can lead to difficulty breathing and shock ultimately leading to death.
These reactions usually occur within seconds to minutes of exposure. Occasionally, they are delayed. )

Mama tepon ambulan minta ambilkan pakcik makcik berdua ni.Mulanya MA spital suruh mama tepon ambulan di klinik kesihatan ..tapi mana nak cari diaorang dihujung minggu begini walaupun sapatutnya mereka ni on-call,pastu nak cari staff pengiring lagi pastu..pastu …pastu mama dah naik haru bila tepon sana-sini.Setiap detik dan saat sangat berharga..Last-last ambulan tiba eeeeee oooot bila ambulan pergi baru mama boleh teruskan merawat yang lain.Anaknya takmuncul-muncul juga..

Patient yang ramai diluar dah resah, tertinjau-tinjau..bila mama terpaksa settlekan pakcikmakcik ni dulu.. Tut-tup taksedar jam 3petang baru dapat bereskan semuanya.

Maafkan hambamu ya Allah atas kelewatan itu