“Auntie datang ye”…suara lembut anak medik,Farhana diujung talian melemahkan mama untuk berkata tidak ..Waqi pun dah banyak kali berpesan agar mama datang untuk program mereka..kalau ajak shopping,ajak melancung atau ajak makan angin memang mama sangat suka memilih yang ini..Kem Kesihatan,,masa mama berpeluang untuk bagi free service kepada komuniti.Insyallah…

“Esok doktor ada ceramah di tempat kami tau.tingkat 1 pejabat kami.” agak keras suara pempuan itu diujung talian,tanpa salam tanpa memperkenalkan diri; “Aik! maaf, ini siapa?dari mana?ceramah di mana?” mama terpinga-pinga..taktau ujung pangkal disergah begitu,hey ladies!nak kena hantar kursus dulu kamu!tatacara bertalipon..biar berhemah sket lainkali.Rupanya dia dari syarikat pengendali kursus kawin.

“Maaf, saya dah ada program lain untuk esok.”..bagitau mama, *dalam hati mengerutu sendiri;awat tak habaq awai2.Masa bagitau tarikh kat peserta kursus untuk datang kursus dulu sepatutnya kat penceramah dah dimaklumkan terlebih dahulu..
Lusa boleh?..Lusapun takboleh!..dia letak talipon.Pastu tepon balik.”Ada kawan2 doktor yang boleh ganti, saya tanya yang lain2 semua takboleh”.tone suara masih belum mesra alam.ye la last minit camni susah la sket.semua orang dah ada plan sendiri.
“Nanti saya tanyakan kawan saya” mama meng’offer’kan diri mencari ganti.

Tiba-tiba dia potpetpotpet lebey2 pulak, “kawan doktor ni ada tauliah ke pot-pet,doktor mana?..pot-pet ” mama sedang dalam pasaraya nak shopping taksenang….ikut suka ceq la, mama matikan enfon.Padan muka.

” Lusa doktor boleh beri ceramah di tempat kami tak?” sorang ustaz pula bertalipon, kali ini lokasi kursusnya berlainan pula…Arrggh!