salam semua..entah kenapa kebizian melampau hingga x sempat nak update blog..citer raya belum reda..sambutan raya antara kita memang berbeza, ada yang memilih untuk beraya bersama keluarga sendiri sahaja ..ada yang lebih suka beraya beramai-ramai bersama adik beradik sepupu-sepapat..

Apapun mama dan abah dah seia sekata selagi ada hayat emak dan ayah…serta mertua masih ada insyaallah sambutan pagi raya sewajibnya bersama mereka ,secara bergilir ..jadi raya aidulfitri tawun ini disambut diumah keluarga mama di utara..
Tema kaler tawun ini warna ‘Turquoise’=blue-green(chemical formula CuAl6(PO4)4(OH)8·4H2O) melambangkan kesepakatan kami walaupun adik Melia,yang darjah satu tu, anak si Rohani mungkin warna itu agak asing dan susah sikit nak bagitau kawannya warna tu..warna ‘tortise’ jadinya..ehehehe..

Walaupun mama masih pening-pening lalat cuba menyiapkan nasi dagang dan gulai ikan mamu@tongkol sebagai juadah pagi raya hingga bocor hangus periuk kukus mak tapi lega bila nampaknya sambutan yang diberikan terhadap menu itu..pastu cam biasa semua duduk keliling ayah dan emak bertahlil,bertahmid diAidulfitri.

pagiraya

bersalaman,dan yang dinantikan anak-anak…duit raya..ehehehe
slamraya

bergambar kenangan..sebelum sembahyang raya
raya

cucu-cucu wan yang happening..
wanraya

menyambut Along yang turun dari kayangan..
rayaa!

dan kerumun motor Hapit di tepi bendang
cousins

aksi biasa ditepi bendang..
rayad'bendang

Kalau biasanya bergambar raya atas sofa..sekali sekala kita bergambar di luar umah plak kan
famili
myheroes
Always my son

akmal+along
Dan Akmal yang dah ‘jatuh hati’ ngan keluarga mama..

Emak dan cucu-cucunya beraya di umah Tokteh yang dah uzur
cucutok

Raya ke-2 buat open house plak..bersambung…