Ramadhan beransur mengundur diri..Syawal yang bakal menjelang.Shopping raya cam taksedar diri.Harap-harap selamat pulang.

Hiba hati melihat mukadepan metro pagi ini..pemuda,penunggang motor yang berwajah hensem hancur kedua-dua kakinya digilis tayar lori.Sangat-sangat tragis!..mungkin baru sangat disalut stokin dikaki yang sangat berharga itu tanpa menyedari dia akan kehilangan keduanya sekali gus..Jadi peringatan untuk diri sendiri bersyukur pada yang Esa setiap anggota yang diberi masih utuh ada dan berupaya berfungsi tahap 5/5 powernya.
accident

Kami sekeluarga akan balik Jumaat ini.Memang dah dapat rasakan jalan akan jem di sana-sini dan trafik akan bergerak perlahan tapi itulah yang akan ditempohi walau selebar manapun jalanraya tu..
Mak dah kecoh bila ramai yang akan bertolak pulang pada hari Sabtu,’dah lewat sangat tu’ katanya takut jalan jem..bimbang jalan sesak dan mereka akan lewat tiba didepan pintunya.
Dia bimbang ketupatnya dan sambal dagingnya taksempat disiapkan kerana permintaan yang akan mendadak menjelang raya..ehehehe anakcucu akan menikmatinya dengan penuh syahdu cam dah lama tak jumpa ..don’t wori mak, anak-anak dan cucu mak akan bantu.
Bila ditanya mak nak pesan apa bila kami balik nanti;

“takdak nak pesan apa-apa aih..Mak nak minta hampa semua balik dengan selamat “

permintan dan doa mak yang sangat bernilai sebagai bekal untuk dibawa pulang.

Kepada semua yang sudi singgah diblog mama ..Selamat menyambut Hari Raya dan Maafkan mama jika ada entry mama di sini yang mengguriskan hati walaupun mama takberniat begitu.
Selamat menyambut lebaran dengan keluarga dan pesan mama pulang sebagai anak atau menantu,cucu atau anak saudara,mak saudara atau bapa saudara yang baik kepada mereka… kerja tinggalkan di pejabat. kualiti time dengan keluarga nikmati sepenuhnya…dan jangan lupa eheheheh sampul raya (* kalau ada)