Semalam Isman Hijjaz dan anaknya Farooq yang cute ,Ustaz Mohamad Fauza,Khairil dan Os dari HME singgah berbuka di rumah.Walaupun agak lewat tiba tetapi mission tetap complete ehehe.Ustaz nak berceramah kat surau lepas isyak.*terima-kasih Isman tolong bawakan ustaz.Jasamu di kenang.

Kebetulan pembantu umah dah balik bercuti anak-anak dan abahnya turut meringankan tangan di dapur.

Menu semalam dari dapur mama:-
-pari bakar portugese syle,(Arif kata dah 3 kali mama masak resepi ni sejak puasa ehehehe…shhhhhh..)resepi dah mama dah bagitau sebelum ni kan?
-sambal udang petai-Ajim suka ni.
-pekasam goreng bersama daun kunyit,bawang dan cili padi perggghh!berair ayo liur masaknye. Tokasid selalu kempen nih.
-rendang ayam,ayam menu wajib Arif.
-ikan kukus petsat(betui ke eja camtu?)..
-kailan goreng ikan masin.Goreng beberapa saat sebelum berbuka konoNnya nak hidangkan panas-panas tapi lewat plak deme ni tiba..sejuk gedi sayuq tu jadinya..
-ulam-ulaman cicah budu sebabnya tetamu ada dari Kelate.

Pencuci mulut : bubur nangka and dadih yang kemudian jadi feberet Farooq.
Semuanya homemade jadi dapur bersepah hingga larut malam baru abih mengemas..Tapi sempat lagi bercucuk tanam kat Farmville..eehehe