ikanpari bakar

semasa berbuka puasa baru-baru ini mama try buat very simple ikan pari bakar portugese style yang ramai yang angkat ibu jari selepas makan..sedap la tu kan?
Jadi sebagai ibu yang bizi bekerja kalau ada kesempatan nak cuba resepi ini tersangaaaatlah senangnya cuma kena tambah vitamin ‘rajin’ je sket. .ehehe. Jom kita cuba:-

Ikan Pari Bakar

– 2 ketul ikan pari
(bersihkan betul -betul supaya tak berbau,sebelum beli ikan pari cium dulu baunya kerana ada ikan pari ni berbau sedikit hancing..taksedap nanti tau)

– daun kesum@daun laksa
-5 biji kacang bendi yang dipotong serong
-2 helai daun limau purut dihiris halus

SAMBALNYA:
– 3 sudu makan pes tom yam +
– 1 kiub perasa tomyam dimasak diatas api dengan
– 1/2cawan air hingga pekat kuahnya

-Aluminium foil + daun pisang untuk membungkus ikan.

Cara-cara membuatnya:

-letak ikan pari diatas aluminium foil yang telah dialas dengan daun pisang
-lumur ikan dengan sambal yang telah disediakan tadi.
– Letakkan daun kesum dan kacang bendi atas ikan tadi.
-bungkus ikan elok-elok kemudian letak atas kuali panas ..bakar hingga *masak@ (*Bila bungkusan itu nampak menggelembung ).
pesanan :
Hati-hati…Jangan di diterbalikkan bungkusan ikan tadi nanti bocor dan tumpah kuahnya..

Sedap dihidangkan panas-panas!

pari bakar