Umah dah sunyi kembali..Along dah balik,angah dah pun sama..saudara mara dah takada..rumah kembali sunyi..yang tinggal hanya ER dan gengnya yang ramai meow-meow di belakang umah, JUJU ,sirabbit pun dah ada kawan @pasangannya pun duduk diluar umah aje..tolong ‘bersih’kan rumput dan laman belakang sekali habis pokok edible garden mama dikerjakannya…

Hati dah mula rindu bila mengingatkan keletah anak-anak saudara bila mereka berada bersama.
Nabila dan Melia yang dah rajin solat sejak dapat telekong baru.Maaf…Janji Long nak ke kedai kasut taksempat ditunaikan.
Faiz dan Dekna yang lucu dengan gedik santainya..
Mat Huzaid dan kakAnis yang sentiasa sukakan masakan mama.”Thanks Long for your koew teow kung fu and chickenchop”
Amy selamba dan cool sentiasa pandai membawa diri.
Tima kasih pada mama Akmal yang relakan nya seminggu berada di sini untuk berkongsi kasih.
..Akmal nangis hingga mengigau rindukan maklongnya..ehehe sila simpan cuti mamanya ya..next cuti sekolah kesini lagi.
” Hang bagi ubat pengasih kat anak aku ke sampai dia dok nangis-nangis teringat kat hang?” tepon maknya semalam pada mama.

Hadif? sicilik siber ni kena tembamkan sikit pipinya supaya senang dicium taklepas dengan game dan komputernya.

Moga semuanya itu akan berulang lagi..
Sekarang…
Arif membilang hari untuk UPSR..tapi semalam mula selsema dan batuk-batuk,,mask dibekalkan selalu terlupa dipakai di sekolah..doakan dia sihat segera untuk menghadapi peksa minggu depan..mujur selera makan tidak berkurang.Hari ni minta mama masakkan paprik ayam feberetnya untuk menu berbuka.

Ajim? penglipur lara kami sekeluarga semakin melonjak tingginya melebihi tinggi abah ,mama dan angah juga hampir melepasi tinggi Along…wow!baru form 2…tensen dia bila ustaz yang baru datang mengajar di sekolahnya ingatkan dia dah form 5..
Ehehehe mungkin genetik dari Mumbai menguasainya.