Rasa best sangat dapat balik kampung berkumpul semua sanak saudara..selepas ‘soq’ atau sahur ..hujan menambah dingin pagi menyebabkan ramai yang menarik selimut semula selepas subuh…Pun begitu mama tak lepaskan peluang menyusur jalan kampung untuk menghirup udara pagi di bendang yang baru di tuai padinya..cepat sungguh masa berlalu rasanya baru bulan lepas mama pulang melihat padi menghijau tapi kali ini suasana sudah berbeza sekali.Abah dengan kameranya,Along dah siap nak berjoging..

‘Jom…ikut Long kita jalan-jalan’ ajak mama pada anak-anak menakan yang dah bangun..si kecik Haikal, Aiman,Nabila dan KakAnis yang berkain pelikat turut serta ngan Aref kemudiannya.

P1040249

P1040256

tapi ehh! lubang apa pulak ni?
P1040263

oooo..siput sedut pun ada bersantai sini..tapi ni bukan siput sedut..ini siput gondang musuh petani ,suka makan anak-anak padi ..makhluk perosak yang belum ada jalan berkesan untuk menghapuskannya ..sikecik Haikal melihat dengan penuh minat..Aiman cuba untuk memegangnya.
P1040268

Ni rupanya
P1040288

Aiman mencari telur siput plak..
P1040280
cantek telur siput ni…pink kalerr
P1040360

Cian anak katak ni tentu mamanya tertunggu-tunggu anaknya yang tak pulang-pulang..rupanya dah mati dilanggar diatas jalan

P1040308
..Aiman percaya ngan citer mama kesian melihat anak katak yang mati cedera parah..

Haa..tu sebabnya mama Aiman dan Haikal tak bagi main kat jalanraya sorang-sorang ..nanti kena langgar cam anak katak ni

..pesan mama.Aiman dan Haikal menggangguk akur..
P1040309
Pastu semuanya berlari pulang..takut melihat motor dan kereta yang mula menderu datang..ehehehe budak budak senang diajarkan?Pesan Nabi kita, bermainlah dengan anak-anak sebelum usia masuk sekolah..pastu disiplinkan mereka hingga masuk usia remaja….setelah usia baligh kita kena berkawan dengan mereka ..Insyaallah mereka akan menjadi anak-anak yang baik..
P1040312

Tiba di laman, Haikal dan Aiman bersama mama melihat spider kecik berenang pantas atas air bertakung..terkenang masa kecik dulu spider ni yang mama selalu bermain dan mama usik..kagum dengan kepantasannya berenang bebas dengan kakinya macam hoovercraf mencecah air..

P1040331

Nanti bila besar Aiman nak buat kapal cam spider tu …wah! teruja mereka melihat spider ciptaan Tuhan tu.Masyallah sekurang-kurangnya mereka belajar mengkagumi makhluk ciptaan Allah disekeliling mereka.
P1040333

‘Eh! apa tu Long?’ tanya Haikal mengintai segerombolan siput babi yang sedang memanjat pokok kipas ditengah air bertakung..
P1040340

” Itu mama dia bawa anak anak dia panjat pokok tu..mungkin sejuk terendam lama dalam air hujan sejak semalam..sahut mama cuba menyemai istilah ‘keluarga’ dalam mengajar mereka erti sebuah famili..

‘ kesian tok ngan wannya tak larat nak naik cepat.Dah tua cam tok ngan wan jugak” kata Aiman sambil merujuk pada dua ekor siput dewasa yang terkial-kial memanjat.Mama gembira mendengarnya..dia dah memahami erti tua yang menjadi slow pergerakkannya..
P1040341

‘Long! banyak siput naik kat pokok kucai tok di sini! ‘ jerit Aiman….

Pastu bila dah masuk ke dalam umah mama cuba buat ulangkaji ngan mereka..

‘Haa..spider tadi ada brapa kakinya?

Haikal yang baru 3tahun dan Aiman yang dah pra-sekolah terkial-kial cuba mengingatkannya..Haikal tunjuk 4 jari manakal Aiman tunjuk 5..Mana satu ni?
P1040334

Kalau takingat jom kita pergi tengok semula..Berlari mereka meluru keluar…ehehehe mama gembira dan terhibur denga telatah mereka..

Mama akan rindukan suasana ini lagi bila mereka dengan cepat membesar jauh dari mama.Anak-anak seperti kain putih yang senang kita mencorakkannya..