selamat berpuasa semua pengunjung budiman..
Rupanya dah lama taksempat nak update blog..terlalu bizi dengan klinik dalam wabak ni.Maaf kalau ada emel yang taksempat dibalas.

Dah masuk hari ke-4 kita berpuasa tapi istimewa puasa kali ini di rumah meriah dengan keluarga,emak,ayah, adik-adik dan ipar serta anak-anak saudara ..napa? kan cuti sekolah..
Hari minggu lalu lagi meriah bila semua dapat berkumpul ramai-ramai berbukat puasa termasuk Along dan Angah serta Waqi yang menjadi ahli baru keluarga kami.
Nanti mama uploadkan gambar-gambarnyanya nanti.

Semalam anak saudara,KakAnis dah mula sound, ‘Long kami dah rindu ngan biftik Long” sedang semua mereka sibuk membantu mama buat roti sardin gulung di dapur selepas balik klinik petang semalam.Faiz tersengeh menggangguk tanda setuju gak.Ehehehe..feberet mereka rupanya.

Tapi hari ni ikut pelannya resepi mama adalah Chickenchop dan kuew teow Kungfu setuju? Wah!sepuluh orang kanak-kanak Ribena mama vote for chickenchop not biftik!campur tolak mama kena sediakan lebey kurang 18 ketul chickenchop!sempat ke petang ni?

Takpa mama cuba.Anak-anak yang duduk jauh jangan terliur okey: ).