Kata menteri kesihatan 40% pesakit H1N1 yang meninggal akibat lewat mendapat rawatan..

Itu kata menteri yang mungkin dapat figure dari staffnya..tapi dari pengamatan mama ada beberapa tindakkan pembetulan yang perlu dilakukan di peringkat pengkalan hadapan perkhidmtan hospital atau kLINIK Kesihatan..

Kualiti pengesanan yang tidak efisen dan juga pemeriksaan terhadap kes yang dianggap ringan simptom yang dibuat sambil lewa mungkin menyebabkan banyak kes -kes akut menjadi komplikasi teruk kemudiannya…
Alasan makmal Sg.Buloh dah tepu dengan specimen,wad padat ngan patient dan orangraamai takmau bekerjasama hanya alasan remeh yang ada langkah penyelesaiiannya…

Doktor yang diletAkkan di emergency unit,OPD atau di klinik yang keletihan tanpa betul-betul memeriksa pesakit(patient meningkat berkaliganda oooo but please peksa depa ni betul-betul) mungkin terlepas pandang kes yang ada co-morbid feature spt kencing manis, ibuhamil ,obese dll yang mampu berubah gejala menjadi teruk dengan tiba-tiba..
Pernah mama terpaksa call tanya doktor kat emergency kat sebuah spital kenapa takmau admit patient yang mama rujuk..Kenapa patient yang obese,demam panas tahap maksima dengan penat ,batuk dengan dada penuh crept dan wheezing tu dengan gejala H1N1 tak layak masuk wad?
Jangan kata wad dah penuh sebab masa tu baru kes nak menular..wad lengang lagi..
.takcek pun tahap oksigen… tak di x-ray kata isterinya yang juga bekas nurse dispital tu dulu..Awat jadi macam tu?Adakah alasan takmau mendedahkan patient pada sinar-X yang membahyakan(doktor tu habaq camtu kat mama) boleh diterimapakai dalam kes ini?
Setakat bagi nebuliser pastu disuruh balik umah itu kat klinikpun ada..pastu mama susahhati bila patient panggil mama semula sebab sesak nafas dan demam panas nya takmau turun…bila mama tanya bos besar kesihatan kat state apa kriteria depa nak bagi patient masuk wad? beristifar dia bila tau doktornya kat barisan hadapan manage pateint cam tu sewaktu dalam wabak begini ..Baru kelam kabut nak masukkan patient ke wad..baru nak x-ray baru nak buat itu… nak buat ini…bla..bla..bla..Tak syok la kerja cam tu.

Dah tu bila patient mati, depa report patietn lewat datang dapatkan rawatan tak gitu?

Tu la hangpa asyik buat meeting ja..maklumat taksampai kat orang bawah..surat arahan simpan kat bilik pengarah je ka?sekali sekala turun la tengok depa buat keja camna.Takkan kat emergency unit bagi MA ja tengok kes malam-malam ..doktor on-call pi mana?Mungkin kat spital besar benda ni takberlaku tapi kat spital kecik ,yang orang kampung takreti komplen doktor on-call boleh tido lena malam-malam..kes bagi MA tengok ..(seronok nooooo dok komplen pasai orang hang ni…sambil menunjuk diri sendiri.dah tu patient mai dok bagitau camgitu…mama yang risau… dulu-dulu mama kerja tak buat camgitu pun.Awat la ni jadi gitu?)..

Mama bukan kata semua camtu tapi bila berlaku banyak kematian begini kita kena kaji setiap rawatan kita dimana bolosnya jangan buat kesimpulan yang menyimpul belit KKM sendiri.