surgacinta

Filem komedi dakwah yang agak menarik patut di tonton oleh remaja yang ketandusan filem cinta bercorak dakwah…

Antara dialog dalam filem itu:-(syuhada=lakonan Heliza,Irham=lakonan Awal)

Syuhada:Atuk pernah cakap yang jodoh itu terbahagi pada tiga.

Irham:Tiga?

Atuk: Yang pertamanya, yang dikatakan jodoh dari syaiton. Kamu berdua berkenalan, berpegangan tangan, dan terus buat maksiat, akhirnya Syuhada mengandung. Baru kamu menikah.

Yang keduanya, jodoh dari Jin.Kamu berdua berkenalan.Kamu sukakan Syuhada, tapi Syuhada tak sukakan kamu. Kamu bomohkan dan sihirkan agar Syuhada suka kepada kamu.Dan kamu berdua menikah.

Dan yang ketiganya,jodoh dari Allah. Kamu berdua berpandangan mata,terus menusuk ke kalbu.Kamu terus meminang Syuhada dan Syuhada terima pinangan kamu.Dan kamu berdua menikah. InsyaAllah berkekalan hingga ke akhir hayat. Dan itulah yang dikatakan SYURGA CINTA.

Apa pendapat anda, setujukah begitu?