Semalam dia dah ke emergency spital daerah yang sama yang mama citer sebelum ini tapi doktor kata hanya sakit biasa…ubat hanya pagi tadi doktor suruh pergi ambik semula di spital(mungkinkah ubat yang dimaksudkan tak ada dalam simpanan emergency semalam?)…semalaman dia tak tidur kata isterinya menahan sakit di epigastrium ….(jangan ingat hanya gastik aje yang sakit di situ..serangan jantung juga simptom begitu..)

Pagi ini setelah ambik ubat di spital Pakcik ini bertegas nak datang berubat di klinik mama juga walaupun ubat yang diambik di hospital tadi belumpun sempat di makannya..entah kenapa dia enggan pergi berjumpa doktor di spital tu lagi walaupun keadaan sakitnya tak berkurang..sebaliknya dia insist sangat nak di bawa ke klinik mama yang berbeza direction dan jauh berbatu-batu…he is not my regular patient since.His last visit pun about 3 years ago…Isterinya terpaksa akur menurut saja..

……….dalam celah ramai patient yang menunggu staff mama terus menolaknya masuk…Dan di sini segalanya jadi kalut …Dalam sedarnya Pakcik kelihatan pucat biru SEJUK kaki dan tangan..BP unrecordable.mama melihat wajahnya yang pucat itu dalam gelisah.Resah seperti yang selalu mama lihat bila berdepan dengan mereka yang nazak…
Owh!Pakcik jangan pergi dulu..mama minta staff panggilkan ambulan segera..mama minta isterinya duduk disisi suaminya..bisikkan apa yang sepatutnya ajaran kita.Yang lain biar mama cuba usahakan..

Pakcik dah dalam keadaan shock! bukan syok tau jangan salah faham..dia collapsed sebaik sahaja di angkat naik ke katil.Rawatan kecemasan cardiac arrest di berikan sebaik mungkin.ABC,CPR tidak berjaya memulihkannya.
Tiba-tiba Pakcik menjadi seperti spasm, dengan tangan menggenggam kuat seperti kena tetany,kakinya kejang,kepalanya terangkat sedikit keatas,mukanya berkerut seperti menahan sakit yang amat hebat hingga timbul urat-urat di mukanya dan dahinya,matanya memandang ke atas dannnnn kemudiannya Pakcik terkulai tak bernafas lagi .Pakcik enggan membuka matanya lagi selepas itu… selepas menghembus nafas yang panjang untuk ke sekian kalinya…sebelum sempat ambulan tiba.
Kes pertama patient meninggal di klinik ini..

Isterinya tersangat cool di sisi,mungkin agak terkejut.Katanya sejak semalam suaminya asyik sebut nak datang ke sini…nak ke klinik ini juga.Taksabar dia menunggu siang.
Hati mama jadi hiba..maafkan mama tidak dapat membantu lebih dari itu..dan kerana Allah lebih mengetahui perjalanan hidup hambaNya.

Rupanya malaikat maut menunggunya di sini..Innalillah..