Hari ini mama rasa sedikit terkilan dengan perangai sebahagian kakitangan perubatan di barisan hadapan spital daerah..terasa sedih bilamana melihat seorang Pakcik yang diabetic demam teruk diperlakukan sedemikian oleh kakitangan hospital yang sepatutnya memberi bantuan kepada pesakit yang memerlukan perkhidmatan di hospital mereka.

Pakcik yang ada kencing manis serta demam panas tu di suruh balik pergi mendapatkan rawatan di klinik di kampungnya dulu pastu bila ada surat rujukan baru boleh jumpa doktor di emergency?…Pakcik ni bukan pegawai kerajaan yang reti baca procedure ..

Tak kesian belas ke tengok orangtua yang lemah ni menunggu sekian lama di berikan jawapan begitu?…Takterfikir ke berapa jauh pakcik ni travel dari kampungnya nak keluar ke hospital semata-mata ingin mendapatkan rawatan pastu nak suruh patah balik hanya kerana dia tak ada surat rujukan?Tak tengok ka masa dia bercakap nampak putih -putih dalam mulutnya akibat jangkitan candidiasis..diabetic..coated tongue…weiiii…bukan demam biasa tau.

.tau la sekarang musim hospital bizi kat emergency tapi kalau pakcik tu pergi layanlah sewajarnya..lagipun masa tu pakcik tu bagitau hangpa dok bersembang aje sebab tak der kes pun..cuma hangpa bagi reason ‘kalau-lah kalau ada kes kecemasan’ tapi sekurang-kurangnya tengoklah pakcik ni yang sanggup meredah jalanraya sejauh berbatu-batu dari Felda tu nak ke sana…Huh!sedih rasanya diperlakukan demikian…

Dengan hati kecewa Pakcik yang keletihan ,dehydrated dan demam yang tinggi ni meredah jalan sejauh itu lagi untuk datang ke klinik mama…dan enggan di rujuk ke hopital itu semula walaupun mama rasa dia perlu di masukkan ke wad untuk rawatan lanjut…

Selesai rawatan mama bekalkan juga surat rujukan kot kot dia berubah fikiran tapi sebelum balik dia bagitau….

” Kalau Pakcik bagitau depa yang pakcik ni bapa doktor Lailamajnun (bukan nama sebenar) yang pernah bekerja kata spital itu mungkin layanannya berbeza kot?”

Hati mama rasa seperti tertusuk sembilu…Bapa doktor L rupanya dia.

Camtulah sikap manusia pakcik…ramai yang melayan kita berdasar pangkat, rupa dan harta..kalau orang kampung yang biasa-biasa mungkin dibeza…
Kalau ke jabatan kerajaan pun gitu lah juga..kalau datang berkot bertali leher mungkin dari jauh dah di senyum sapa tapi kalau sekadar berkemeja lusuh atau berkasut seret merasalah ditolak pergi kesini sana…
Mungkin depa lupa janji masa temuduga nak dapat kerja dulu kot?..atau lupa diri asal usul mereka?

Terbayang piagam pelanggan yang terpampang di dinding semua gomen spital yang berbunyi begini:-

Piagam Pelanggan – Hospital

Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan yang cekap dan berkualiti di dalam suasana yang selesa, mesra, bersopan santun dan bertimbang rasa;

Selepas pendaftaran, setiap pesakit akan diperiksan oleh doktor dalam tempoh ..?…minit.