Salam Syaaban..

Semenjak dua menjak mama perasan dah ramai pulak yang datang dengan demam mengejut,sakit sendi-sendi dan ruam di badan cam campak@measles..demam bongkok@Chikungunya kembali lagi..

Kalau masih ingat posting mama 7hb Julai tahun lepas wabak Chikungunya bermula kan?Wah sekarangpun dah Julai kembali dan nampaknya virus tu cam menyambut ulangtahun serangannya pulak.mula mengganaz kembali…tapi sasarannya kini di kampung yang lain plak..mula menjangkitkan jiran dan jiran sebelah menyebelah..

Memang sangat senang berjangkit bila ada jiran-jiran yang masih kuat mengamalkan budaya ziarah orang sakit..tapi mereka menziarah di waktu makan nyamuk tu …waktu petang ler waktu santai kan( baguz budaya tu memang dituntut pun tapi mungkin kena ubah waktu menziarah tu.)..kan dah tau perangai Cik Aedes time hisap darahnya antara 5ptg-8 mlm …so bila jiran-jiran keliling berkumpul di rumah pesakit yang demam Chikungunya waktu tu senang ler menggigit mangsanya..takperlu terbang jauh kan..?So tu yang ‘terkena’ badi orang sakit tu ,lepas ziarah orangsakit mula la rasa seram sejuk plak.Lenkali bawak ubat nyamuk masa menziarah ehehehe..sure nyamuk takut nak dekat..

Fuhh! sabar ajelah ..tentunya Vektor unit kat JKN taktidor malam bila terpaksa bertarung ngan nyamuk yang kecik tu..denggi merata-rata, ini Chiku plak tiba..H1N1 mujur tak dibawa nyamuk jugak kalau tidak haruuu biru jadinya…