Ikan darat pernah dengar ?selalu kita kata ikan ikan di air kan?
Jangan pelik kalau pi sebelah utgha depa dok tanya ” nak makan ikan darat ka? jangan dok heran pulak..Ikan darat tu maksudnya ikan air tawar cam ikan keli tu yang sedang hot dipasaran sekarang ni..pakat dok ternak atau ikan puyu yang selalu orang buat pekasam yang banyak dijual di Pekan Rabu atau ikan haruan yang kalau pempuan lepas bersalin ‘wajib’ makan kerana khasiat penyembuh luka lepas bersalin..

“Ayah tahan spila, banyak bawa balik ikan puyu” mesej mak pada mama..

‘Kami dok mengail ikan kat petak sawah ni ,banyak ikan dok sentap kail’ sms Adik di kampung..mengujakan mama untuk balik memancing ikan yang dah lama dok mengidam untuk dilakukan tapi takpernah berkesempatan atau tak kena musim..

Musim hujan begini tentu banyak ikan yang suka melompat atas batas bendang ..ikan puyu,ikan keli atau ikan haruan dan ayah pasti tidak melepaskan peluang untuk meronda di pinggir bendang mencari gelong air tempat ikan bermain untuk menhan spila..atau membuat pelompat ditengah batas bendang(pelompat= perangkap ikan dibuat dengan mengorek lubang tanah ditengah batas bendang..bila ikan lompat atas batas tu (ni ikan yang tak pro ..lompat pun tak lepas eheheh..)sebelum mengesut masuk ke bendang seblah akan terperangkap dalam lubang tanah tu ..hah!kalau dulu berkarung-karung penuh bekas guni baja tu ayah angkut bawa balik.

dsc04526

.jenuh nak disiangkan gini…

masihkah kau ingat?
dsc04532

So kesimpulannya ..weekend ni kami akan balikkk kampung.
Harap-harap Arif akan lega@baik demamnya,abah akan kurang sakit giginya ..kalau tidak kempunan le nak makan ikan puyu goreng ranggup krupp..krapp gitew..
Dan nak rasmikan jalan baru kampung mama..
Jommm!
Israk mikraj cuti umum ke di tempat kalian?Rasanya Kedah,Perlis and N9 je yang cuti kot?