“Saya takmau pergi hospital..apa nak jadi jadilah..kalau nak mati di mana-manpun boleh mati”

keras ati betul anak muda sorang ni yang berisiko tinggi menjadi suspek kes…kawan satu dormnya dah kena ,keluarga kawannya kena kuarantin yang dia ni kenapa degil sangat takmau ke hospital BILA DAH ADA SIMPTOM?

“Saya takmau dibuang kerja,saya tak boleh cuti,tak boleh mc, tak boleh masuk ward dan tak boleh kena kuarantin,saya nak ubat aje, kerja mesti kerja.Kawan saya tu dah kena buang kerja bila masuk wad 3hari..saya takmau jadi cam dia”

OOOOOO…bukan ler degil sebenarnya tapi yang tak berhatiperut bos dia..kenapa tak lapor aje ke Pejabat Buruh?…terkebil kebil dia.
Tapi apa dia peduli ..takut sangat hilang pekerjaan diwaktu gawat begini..kalau lapor belum tentu dia akan diberi kerja semula di situ..dilema sungguh…so yang mana perlu diutamakan kerja? atau kesihatan AWAM?..
Kalau tanya orang KKM guna akta penyakit berjangkit..bawa polis ..tangkap bawa dia ke spital …PERLU KAH HINGGA KE TAHAP ITU?

Yang pasti penularan wabak dah menjadi-jadi.Kesedaran orang awam terhadap penyakit ini pelbagai reaksi..ada yang terlalu peduli,hinggakan bau b*b* pun nak dipaksanya orang kesihatan buat fogging dikawasannya…ehehe laaa..selsema b*b* bukan dibawa nyamuk pakcik oii!.Ada yang tak peduli langsung seperti anak muda ini..

Mama sendiri dah lemas hari-hari dah jadi zorro..