mandikolam
keterangan gambar:Own,Ajim dan Arif di Chalet Teluk Rubiah,Lumut

Ari ini abah awal lagi dah bertolak ke Penang..mungkin abah dah sangat rindu dengan Angah walaupun abah tahu Angah hanya akan dibenarkan pulang selepas 5 petang.
Itulah abah ,anak-anak sangat dekat dihatinya.Kalau beli makan pasti di kira juga bahagian untuk anak-anaknya..makanan feberet mereka akan dibelikan juga walaupun dia tahu mungkin Along atau Angah tak ada di rumah untuk makan..dan bahagian itu akan ‘terpaksa’ dia habiskan kemudiannya nanti..ehehehe.

Semalam kami bergegas ke JJ selepas klinik,sempat berbuka dengan tom yam kung di secret recepi ..tapi ramainyaaaa manusia di sana ..JJ buat sale untuk membercard.Mama yang dapat ‘undangan’ untuk shopping disana dah serabut perut bila tengok orangramai gitu terus hilang minat untuk bershopping lagi ,bingit telinga bila ada salesrep yang dok buat lelongan happy hour hingga 80%..tapi gagal menarik minat mama untuk membeli walaupun tengok henbeg cantik-cantik dengan potongan >70%..Sabaq..sabaq.. jangan beli cek oii kalau yang ada masih boleh diguna kan? .

Sebebnarnya ada agenda lain yang lebih penting…mama dah janji nak ‘dating’ dengan Helmi dan Fiza yang masih tak settle dengan program mereka..fuhhh! harap-harap masa yang masih berbaki 3 minggu lagi dapat dimanfaatkan sepenuhnya..harap mereka jangan give-up bila ada pihak yang kurang senang dan sanggup meng’hampas’kan program baik mereka untuk menghimpunkan Malaysian Muslim medical student yang masih belajar diseluruh ceruk dunia pada awal Ogos nanti.Jangan give-up dengan cakap politician yang cakap tak serupa bikin..camna nak pujuk doctor Malaysia yang graduate dari obersi balik bekerja di Malaysia kalau program begini, yang nak mendekatkan mereka di hati masyarakatpun tak sanggup nak bantu???….patah semangat this budding doctor you tau?So dalam bingit shopping komplek kami ber’mesyuarat’.dah lewat malam baru tiba di rumah..

Hari ni ,Ajim akan berkemah dalam ‘hutan nipis’ selama 3hari dua malam..susah hati dan gelisah bila dia diberi mandat sebagai penghulu oleh kengkawannya…walaupun dia taktau mama lagi risau bila dapat tau enpon mungkin takder liputan,makan masak sendiri dan tidur dalam kemah yang mungkin bocor bila musim hujan begini kat sempadan banjaran Titiwangsa tu..
sebagai mama terfikir juga boleh ke dia hidupkan api,masak nasik atau nak goreng telur sendiri nanti walaupun mama dah bekalkan dengan nasik panas berlaukkan ayam masak toyu dan ikan bilis goreng dalam begnya tadi..kot-kot nasik takmasak ,telur hangus atau kayu api takmau nyala di basah hujan?Kelaparan pulak dia nanti..Banyak pulak risaunya mama ni.torchlight,headlight,pisau serbaguna(mujur abah tak bekalkan pisau ramboonya),ubat yang patut dsbnya dah dibawanya dan selitkan dua tiga bungkus biskut Tiger dan biskut Hi-Cal dalam beg kasutnya.Mama doakan Ajim selamat di peliharaNya.Mungkin 3hari ini kami akan rindukan suara garaunya bercerita di rumah.

Yup!Esok ada tamu istimewa nak datang ke umah…siapa? tungguuuuu……
nasitalam
gambar ikut pusingan jam:Along, Ajim, Angah dan Hapit menikamati nasik talam di kampung..