DSC_4836

Seminggu Zam terikat dengan drip di katil gara-gara tikaman nyamuk Aedes..berdebar melihat plateletnya menurun dari sehari kehari..seperti berdebarnya Zam menunggu bil rawatan bila discaj dari spital yang gah di Ampang tu nanti..ehehehe mujur spital panel.

Alhamdulillah… plateletnya pulih dah melonjak kembali selepas hari ke-7 melepasi tahap kritikal…doa Mak & ayah yang berada disana sepanjang Zam terlantar diwad terkabul jua akhirnya..

Cuma awas untuk secondary infection yang mungkin lebih serius selepas ini..ehehehe mungkin kena pakai kelambu sepanjang masa atau bawa insect repellant kerana Cik Aedes betina tu memang suka sangat mencari mangsa untuk parking virus denggi tu.Jangan dedahkan diri pada gigitan nyamuk semasa dinner atau breakfast nyamuk ini….

INGAT 5.00-8.00 iaitu waktu nyamuk ni breakfast dari jam 5pagi-8pagi dan waktu dinner timenya 5ptg hingga 8malam.

* Cuma agak terkilan dengan sikap staff di hospital canggih ini..mungkin gah nama pakar dan alatannya tetapi gagal mencanggihkan budibahasa staffnya.Mungkin kena fikir dua-tiga kali kalau nak ke spital ni lagi..

DSC_4823