Selasa baru ni Waqi dan groupmatenya singgah di umah..mereka dalam perjalanan cuti-cuti Malaysia.Gembira menerima tetamu muda, medic student senior Along yang sudi menjejak kaki ke rumah kami lagi.Waqi,K.I,Zeti,Zahrah,Atirah.
Waqi yang polite dan berwawasan memang disenangi oleh keluarga.Dah anggap dia macam keluarga sendiri seperti juga Nabil.Ada potensi menjadi pemimpin suatu masa nanti..
cucms

Bila mereka berangkat meneruskan perjalanan ke utara tiba pula tetamu dari RCMP,medic student yang menjadi tunggak program perhimpunan perdana PPIM student chapter 2009…Fatin yang peramah, Zaheir dan Fiza ..bersemangt mereka ini membincangkan perjalanan program dengan mama.
Walaupun banyak yang perlu di lakukan mama berharap hasrat mereka mengumpulkan semua medic student dari seluruh ceruk rantau pada bulan Ogos nanti menjadi kenyataan dan mendapat sambutan.
rcmp

Esoknya tiba-tiba Baem muncul di pintu klinik kabarnya nak melawat temannya yang sedang tenat di Hospital T.I.Pagi ini ,hari Jumaat yang mulia ini dapat berita yang temannya sudah menyahut panggilan Illahi.Rapuhnya hidup ini..Innalillah.