Terkejut tengok lengan patient yang kena jellyfish ..walaupun dah lebih seminggu masih ada berbirat lengannya penuh bintik-bintik merah ..
Ouch
Takpernah rawat kes gini sebelum ini..mungkin juga lokasi klinik jauh dari laut jadi takpernah jumpa kes camgini..Tau tak? racun toxin jellifish masih boleh memberi kesan sehingga 6 bulan jika tidak dirawat dengan sewajarnya..

Dulu sekali pernah staff yang ikut berkursus di Pangkor kena landak laut(camna rupa landak laut = cam jellyfish ke?) katanya sakit yang teramat sangat bila duri @tenticles tu mengensut menusuk ke dalam kulitnya…
Sib baik Mama tak pandai berenang jadi memang ler takut nak mandi di laut ..kalau ke pantai pun setakat buku lali je jadi tak pernah merasa camana sakit kena sengat dengan jellyfish ni.

Difahamkan pantai sekitar P.Pangkar memang banyak binatang yang lemahlembut tu tapi sengatannya Aduhhh! berbisa.

Antara kesan sengatan jellifish(boleh dirasa selepas 5mins di sengat)
– kesakitan yang teramat sangat
– sakitkepala,loya,muntah atau tercirit birit..haruuuu…
– bengkak/luka/merah
– sesak nafas, sukar nak menelan atau nak bercakap
– menggigil atau berpeluh
– nadi jadi irregular/heart failure
-pengsan/shock!

Petua nak ubat sengatan jellifish..

1.- bilas segera dengan air laut. Jangan di gosok tempat sengatan dengan sebarang lotion atau minyak walaupun minyak GAMAT.Jangan basuh dengan air bersih@ fresh water -lagi sakit cek oii!
Cam patient ni dia memang sapu ngan minyak gamat memang cari nahas ler!
2.- Bilas dengan cuka(ada bawa cuka ke pergi berkelah?)sebelum cabut sengat tu,
3.-Kalau tak der cuka?..jarang kita pergi tepi pantai bawa cuka kan?so guna urine@air kencing..air kencing?Biar betul?
serius ni? ya…suruh je kawan lelaki awak tu berikan ‘golden shower’ ke atas luka tu..urine pempuan tak usah ler kalau boleh sebab urine lelaki ni lebih ‘suci’…..
4.- Cuba cabut sengatnya dengan penyepit atau kayu ..JANGAN guna jari sebab benda tu masih lagi aktif dah boleh menusuk @sengat masuk ke kulit kita.
– kalau nampak sengatnya masih aktif bergerak meliut liut tu letakkan shaver cream ke,tepung ke then scrape dengan benda tumpul seperti kad kredit atau belakang pisau..
5. – bila semua sengatnya dah di buang tempat yang sakit tu letakkan cold pack and/or a local anaesthetic such as a sunburn lotion or insect bite treatment that lists ‘…ocaine’ as an ingredient.
6.- kalau bengkak atau gatal sapu kream e.g. Hydrocortisone cream.
7.- kalau cramp berlaku see a doctor.

siapa yang pernah mengalaminya? cubalah berkongsi pengalaman di sini..
along

gambar:Along di pantai Pangkor