jlnbaru

Ini jalan baru ke kampung kami..jalan alternatif orang kampung untuk keluar ke pekan..jalan pintas untuk mengelak melalui jalan depan hospital yang selalu sesak dan ‘jem’..

Hari-hari ayah menjadi ‘mandor’ memantau jalan baru yang sedang dalam pembinaan ke kampung kami..ayah akan duduk di kerusi lusuh di luar belakang rumah dari pagi hingga petang memerhati pekerja, pemandu traktor dan jentolak tu menjalankan kerja menambak tanah dan meratakan tanah disepanjang batas bendang yang dulunya hanya boleh dilalui motor sahaja… bila pekerja berenti rehat makan tengahari …baru ayah beredar masuk untuk makan tengahari dan solat..selain memaklumkan mak bila patut minuman dan makanan patut di hidangkan kepada mereka..

Ayah mahu memastikan berapa lori tanah yang ditambak,berapa lebar jalan patut di ratakan agar tuan bendang tidak komplen saiz bendangnya tidak menjadi kecil dengan pembesaran jalan itu atau tidak ada padi yang tertimbus di tambak, akan inform TNB bilamana ada tiang letrik yang menghalang jalan perlu diubah,nak pastikan jalan tu elok boleh bersambung dari hujung bendang sana hingga ke kampung kami…ayah lakukan dengan rela, tanpa dipaksa, tanpa di upah…

Mama tahu ayah suka melakukannya hingga dia keberatan nak tinggalkan ‘tugas mandornya’ bila kami semua berangkat menghantar Angah tempohari.Ayah takut jalannya tak siap,takut lori tak datang tambak tanah seperti sepatutnya,bimbang jengkaut terlupa mengaut tanah yang terlebih tambak@ terkurang tanah.ayah risau kalau-kalau hujan akan turun membantutkan usaha menambak jalan pula..begitu sayang ayah dengan jalan barunya…mama tahu hati ayah berbunga bahagia…hatinya puas bila usahanya memanjat pejabat Menteri di Putrajaya dengan mama 2tahun lalu berbaloi(lihat entry mama https://drzeze.wordpress.com/2007/08/23/selamat-harijadi-ayahdan-impian-ayah/

Hatinya bahagia bila orang kampung yang dulunya pernah marahkan ayah bila jalan masuk rumah mereka tidak di turap sebab tak cukup peruntukan mula menegur ayah kembali..mau senyum bila berjumpa..ayah puas bila pendudk kampung dah mula bersatu tanpa mengira fahaman politik..orang kampung mungkin dah rasa seronok bila kereta anak-anak mereka dah boleh sampai hingga ke depan rumah,tidak lagi berselut belemuih bila balik kampung cam dulu ..itu impian ayah sejak dulu.

Dalam semput dan penat ayah akan menapak perlahan-lahan melalui jalan baru yang hampir siap diwaktu petang…Mugah-mudahan usaha ayah diberkatiNya.Moga ayah di sihatkan badan untuk melakukan kerja-kerja baik untuk orang kampung..