“Percaya ke kalau deme kata sakit I ni dibuat orang?” jege (dibaca terbeliak) bulat bijik mata kakak sorang ni(seorang pengusaha kedai makan) tanya mama…
Laaa buatan orang lagi? Kena wabak buatan orang ke semenjak dua menjak ni?

“Kalau betul penyakit biasa tentu sakit I dah baik lepas berubat dengan merata klinik ”

Mama belek kad dia .Pesakit yang ber ‘I’ dan ‘U’ dengan mama ni memang 2minggu yang lepas dia ada datang ambik rawatan di sini..sakit pinggang dengan shooting pain ke kaki….peksa tanda-tanda dan simptom tu mama rawat cam biasa.mungkin cik Lumbar dah tergelincir menekan cik Sciatic yang berjuntai dari pinggang ke hujung kaki tu…tapi rupanya dia sakitnya tak kurang jugak..jadi dia start shopping for bomoh plak walaupun hari tu dah pesan KIV nak refer kat Orthopaedik plak kut bleh jumpa Dr.Hannan yang hensem berdarah manis tu ehehehe…

Rupanya dia dah dapat 2nd opinion dari rakan-rakan yang merujuknya ke bomoh traditional ..dah 2-3 bomoh kata ada ‘benda’ dok duduk di situ..Dah jenuh mandi bunga tak mau pulih …tapi yang dia taktahan tu cara berubat yang pakai kemian ni.. sorang bomoh tu suruh perasap kemian kat kedai makannya hari-hari hingga pelanggan pun takut nak masuk kedainya lagi..
Fuhhh!.tiba-tiba teringat macam citer nujum pak belalang..

Nampak cam tak sabar dia dengan sakitnya..cam nak marah kiter pulak bila sakitnya takmau baik..bagitau pembantunya yang ikut sama ..asyik kena marah je… kerjanya semua tak betul..

“Saya mana pernah sakit,demam pun tidak sejak dari kecik..bila dapat sakit gini tu yang rasa nak marah orang je tu ” bagitaunya.Tu la pasainya tak pernah rasa sakit sebelum ini..tu yang kurang sabar sikit tu?
“Lagi pula yang saya heran tu kedai makan saya tu kenapa ramai yang komplen bila pergi nampak macam cam tutup je kedainya padahal saya buka hari-hari..itu yang saya tak faham tu”
Mama tau dalam hatinya memang dia nak salahkan ada ‘buatan orang jugak’ tapiiiii camna nak buktikan?

Rasa je nak bagitau dia yang tak pernah sakit ni hanya Firaun aje…tapi dalam hati je la.Nnati kata dia Firaun marah pulak dia kat mama..eheheh
Kan dah kata sakit@musibah tu ada fadilatnya…

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 155)

Kemudian Allah jelaskan mengenai orang yang sabar dalam firman-Nya yang bermaksud:

“(Iaitu) mereka yang apabila ditimpa musibah lalu berkata sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya (Allah) jugalah (tempat) kami kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 156)

Pastu bab buatan orang tu usahlah dicari betul atau salah, muhasabah lah diri sendiri dulu sebelum menyalah oranglain..bersangka baik..usah bermasam muka dengan kedai jiran sebelah..mungkin dia tak bersalah..
maniskan muka bila di kedai..takyah marah marah campak campak pinggan kat pelanggan yang mungkin takut nak ke kedai kamu lagi bila melihat kamu agressif begitu…(Ini pengamatan mama bila pernah makan kat kedai di situ)
kadang kadang kita rajin menyuluh salah orang..sekali sekala suluh diri sendiri depan cermin..