Amaran: ni citer 18x kalau tak cukup umur jangan teruskan membaca.OK..

cuti sekolah 2 minggu ..cam biasa atas meja penuh dengan kad jemputan kawin hehehhe…2minggu la “gantung periuk” di hari minggu seperti kata makcik kat Felda tu..takyah masak…Tapi anak-anak memang liat nak pergi kenduri ..so takleh gantung periuk la kan?

Mencari kelainan pada menu kenduri garu kepala katerer memikirkannya..tapi yang bestnya ada pulak tambahan hidangan sampingan selain nasi dan lauk pauk yang pelbagai tu..ada laksa, ada cendul,ada bubur kacang taktau mana nak dimakan kan?

Yang kesian kat pengantin ler..kelaparan …seronok kawin lupa nak makan.

Cuma bila bab kawin ni ..mama ada satu pengalaman menarik merawat patient pengantin yang boleh di kongsi dengan semua.. notty ye?…tapi pengalaman pengantin-pengantin yang tak cukup ilmu kawin terutama bab-bab 18x..ramai yang segan nak bertanya dan emakbapak pun lagi segan nak bercerita..jadi masing-masing pandai-pandai sendiri..

Jom kita ikuti kisah ini..

” Hmmmm..panjang citernya penyakit saya ni tapi mungkin doktor pun tak caya bab bab gini”

pempuan manis berhidung mancung berkulit kuning langsat senyum sengih cam malu-malu nak bagitau masaalahnya.
Suaminya pun segak senyum-senyum malu-malu jugak.Inainya masih merah dijari keduanya membuatkan mama boleh meneka apa masaalahnya.. baru 2 minggu jadi pengantin baru ni.Masaalahnya pun tentu masaalah pengantin baru juga kannn?

” Saya susah nak kencing ..rasa sakit teramat sangat bila nak kencing..yang saya jadi takut tengok air kencing sayapun merah macam ada darah ketul-ketul…sekarang kena pakai pad pulak sebab darah tak berenti keluar sejak 3hari yang lalu.Bukan darah haid sebab haid saya baru je habis ujung bulan lepas..mak kata saya ni kena buatan orang.Doktor percaya ke?Kalau doktor kata betul saya nak pergi berubat kampung “

Tu dia! nak kena restu mama jugak ke? Haru nih!

Dalam hati memang saya percaya buatan orang…dan orangnya paling dekat dengan kamu…tapi biar saya peksa dulu ye?

Masaalah pertama..Kawin dah 2minggu…kencing sakit memang selalu jadi pada penganTin pempuan sewaktu dalam tempoh ber’honeymoon’ begini akibat cystitis iaitu jangkitan pundi kencing kesan dari sexual intercourse(SI) yang mungkin agak kerap dengan pasangan…diterminologikan sebagai HONEYMOON CYSTITIS…So betul la buatan orang kan?
Maknya memang tak silap ehehehe…orait itu boleh dirawat dan di cegah…

Masaalah kedua,dah 3hari painless perdarahan melalui vagina@faraj tapii painnfullll intercourse..kenapa?Nanti nak jengok tengok apa dah jadi…biar mama peksa dengan speculum ni kat dalam tu..nampak ada kesan koyak dan darah masih meleleh dari situ…so memang sah buatan orang jugak!

Vagina laceration atau vagina tear boleh berlaku akibat SI ….lagi teruk kalau terjadi cervical tear yang bleh jadi cam tumpah darah…selain SI yang agak ganaz, traumatic injury lain juga boleh jadi penyebab tapi kalau dia dah mengaku lepas SI turun darah cam tu ..mudah ler kita mendapat conclusionnya kan?

Sang suami gelisah seperti rasa bersalah cuba mama pujuk dengan kata-kata yang mungkin melegakannya…fenomena biasa yang boleh berlaku tetapi tak semestinya terjadi pada setiap pengantin baru..

cuma pesan mama pada pengantin perempuan..
whenever you experience any pain during intercourse, stop immediately. Then solve the problem before resuming intercourse.
Sila jumpa doktor pempuan seperti mama,Dr.Azura,Dr.Noi,Dr.Inahar kalau segan nak jumpa doktor XY seperti Dr. Hannan,Dr Mokk,Dr. Dbi(jauh oii nak pegi Ostolia nun) atau Dr.Tokasid ehehehe..