Petang itu sedang bersantai di laman sekeping kertas dalam kotaksurat dari LAP bagitau esoknya bekalan air terganggu untuk kerja pembaikan ..kalut juga malamnya isi air dalam bekas yang patut.Tapii..malam tu tergiang-giang cakap Azim bila membaca surat itu,

” Eh! bukan ke kalau takder air kita kena pergi C.Highland?”

soalan perangkap Azim seolah beri ‘hint’ nak ke sana semula..mama hanya senyum mengangguk tapi tidak memberi jawapan pasti petang itu.

Entah camna bangun pagi itu setelah mendapat persetujuan abah baru bagitau kat anak-anak semua bersiap kita ke sana ..anak-anak yang biasa dengan plan emergency bergegas bersiap dan tepat 8.30pagi semua dah berada dalam kereta!
2 hari cuti dengan alasan kukuh ,Air takder dan kalau hari minggu banyak sangat kenduri…serta meraikan Angah yang meneruskan pengajian taklama lagi..

So sekali tempat di tuju belum booking penginapan tapi harap-harap ada tempat yang kosong..redahhh saja.

Tempat biasa…
hotel

melawat Rose Valley yang penuh dengan bunga dan buah-buahan..termenung sekejap mama melihat kesungguhan Apek, tokeh ladang ini begitu bersungguh mengerjakan setiap inci tanahnya untuk pertanian walaupun sukar dilereng bukit dengan getah paip bersimpang siur mengairi pokoknya yang pelbagai itu
(tomato,anggur.epal,rose pelbagai jenis.labu?pelik skit rupanya)…kita yang bertanah rata pun tidak serajin itu kannn?
Terpesona dengan gardennya..
Eh!camna bleh bergambar kat sini ni?Opps!
rosevalley

bukan mat bunga depa ni tapi cantikkknya barisan bunga tuu
rosegarden

buah labu yang pelik ni pun ada
labu2
labu3
Anggur pun berbuah..
anggur

Lop,sepupu mereka yang bercuti seminggu di rumah pun ikut sekali…sepupu sebelah utagha tak mai cuti kali ni..Oit! tak gayat ke?
anak2

Cuba mengurangkan insectphobia anak-anak..kat butterfly farm yang rama-ramanya sangat jinak ..ok ke Angah?Arif dah cabut lari sebelum rama-rama landing..ehhee
rama2angah

Melawat garden MARDI yang cantik..Awat ceq tak tau pun selama ini tempat ni ada rose garden,ladang epal,kebun anggur, ladang tomato,herbs garden , kebun teh dsbnya yang sangat menggoda ..MARDI kurang promo ni ..terbeli anak anggur (ada species Brazillian,Moskat,Kit Fong,AIC & Blackcurrent)ehehe pasni takyah beli anggur lagi gamaknya ehehehe jangan berkerut dahi plak… coba ler tanam.. mana tau kot anggur pun buang tebiat plak tumbuh kat laman mama ni..
GardenMARDI2

Anak-anak teruna mama yang seronok di ladang teh MARDI
teh

Ladang tomato yang ditanam menggunakan kaedah fertigasi menjadi lebat buahnya..
tomato

Malamnya menikmati steamboat berperisa tomyam dan sup,,hmmmm sedap:-
STEAMBOAT

Esoknya sempat singgah melihat hospital baru C.Highland yang seperti gajah putih di puncak bukit.Agak lengang..sayup jauh dari jalan besar…hmmm kalau setakat ‘angina’ tu susah jugak patient nak panjat bukit yang tinggi tu tanpa kenderaan..seperti kata Arif,” mujur orang tu patah tangan ya mama,kalau patah kaki camn nak naik ke hospital tu..” bila melihat seorang Mat Bangla beranduh tangannya berjalan kaki memanjat bukit yang berliku tu untuk rawatan gamaknya.Bangunan style Tudor tu cantik sekali kan?

hospital