Sejak mengandung 36 minggu lagi mama rujuk this lady ke hospital bila pemeriksaan mendapati peparunya berkeladak bunyi cam kita menghembus straw dalam air tu…OMG heran jugak camna ibu ini boleh bertahan demam,batuk dan penat sekian lama sejak mengandung.Suspek mama tentunya radang paru-paru TRO PTB..ehehehe jangan tanya camna tebe ni bleh datang kerana kes -kes PTB nampaknya dah semakin meningkat..minggu ni sahaja dah masuk kes ke 3.

Mungkin ini harga yang perlu dibayar oleh masyarakat bila ramai sangat pendatang dari dunia ketiga masuk dengan pemeriksaan yang mungkin tak telus membawa TB,Hepatitis dsbnya.kedalam negara kita.Ye la dulu selepas setahun masuk sini baru doktor disini dapat cek depa ni ..nak masuk hanya percayakan pemeriksaan dari negara mereka yang tahap duit bawah meja terlalu tinggi…heran bila kita screening di sini dapat kesan penyakit berjangkit yang tak sewajarnya membenarkan mereka bekerja di sini..tapi mereka ini terlepas masuk ..mungkin dah setahun bekerja di dapur-dapur restoran atau di rumah kita di seluruh negara,mungkin menjaga anak kita di rumah.Yang kita suka sangat makan bila nampak pempuan rupa cam Melayu duduk kat depan kedai makan tu jual makanan feberet kita..Pastu yang kemudiannya doktor sini suruh balik bila dipeksa ada Hepatitis , ada PTB, ada HIV..hah! baru kita urut dada!

Meleret plak leter mama…
Berbalik pada citer ibu tadi…
dari spital kecik dia dirujuk ke spital besar yang ada pakar pulak.Sememangnya doktor spital kerajaan tak akan sudi membalas surat rujukan mama(berbeza dengan apa yang mama praktiskan dulu masa hausman(HO) di Penang memang tugas HO untuk membalas surat rujukan(jgn bagi alasan tak sempat sibuk bagai ye coz kita yang rujuk pun perlu tahu jugak apa dah jadi dengan our patient) kecuali mama sendiri yang busy body pergi tengok patient sendiri yang kadang-kadang mustahil untuk dilakukan bila terpaksa duduk dalam bilik empatsegi ni dari pagi hingga malam kan kecuali hujung minggu? so bila mama dapat tau ibu ni tak keluar wad lagi walaupun anak dalam kandungan dah keluar(dibaca dah bersalin) dan baby dah balik umah tanpa ibunya, mama pun pergi melawat ibu ini di wad …
Wah! keadaannya masih tidak berubah..dan dirawat sebagai PTB dengan drug regime yang seperti di tentukan..tapi kenapa masih tak berubah hampir 2bulan masih demam,masih penat ..masih tak sihat?..komplikasi teruk ke?

Tupp! tupp!.mama dapat tahu ibu ini nak dihantar jauh ke hospital tahap 3, yang ada super pakar pulak katanya nak buat operation, nak buangkan sebahagian paru-parunya yang rosak ..itu yang suami pesakit bagitau mama yang mungkin doktor yang bagitau dia kot?Berpakatlah orang kampung buat kutipan derma kilat untuk membantu..

Dan minggu ni setelah kembali dari hospital super pakar ibu ini masih tak sihat..terpaksa di rujuk kembali ke hospital lamanya..masih tidur bangun di hospital itu bila suami ibu beranak enam ini bagitau mama yang doktor super pakar di sana bagitau dia,
” ini buka kes kami dia mungkin kena kanser, kami tak boleh buat apa-apa..bukan bidang kami, kena tanya doktor di spital sana”

Wah walhasal balik hasil masih tak tau jugak?Mama berkerut dahi sama seperti suami ibu ini ..Keliru.
Payahnya diagnosis?