‘Aduh! berdebar-debar saya ni masih tak hilang lagi.Tolong cek jantung saya okey ke doktor?

pinta sorang makcik yang baru berdepan dengan kematian kawan sepengajiannya semalam.

Kawan ngajinya yang tiba-tiba mengadu sakit dada kemudiannya rebah dan meninggal di ribanya sebelum bantuan tiba..depan ustaz dan sekalian rakan yang panik tak tahu nak berbuat apa.

Rakan yang selama ini tak pernah sakit apa-apapun mungkin mendapat serangan jantung yang tidak sempat diselamatkan..

Kalau kita percaya pada takdir kita redha…

Cuma masyarakat kita agak asing dengan kaedah *CPR(Cardiopulmonary resuscitation) yang mungkin kadang-kadang boleh memulihkan jantung yang ter’kejut’ itu.Tak ramai yang tahu atau pun yang mahu ambik tahu bagaimana untuk melakukannya…cuma bila fikirkan kalau lah kecemasan itu berlaku kepada saudara terdekat kita sekurang-kurangnya kita dapat berusaha membantu.Setelah itu kita serahkan pada takdir.

Ajal ditangan Tuhan.Innalillah..

‘Mulianya dia meninggal sedang menuntut ilmu,sedang belajar mengaji Quran depan ustaz walaupun diusia yang agak lewat begini tapi sekurang-kurang dia berusaha untuk belajar..Dia meninggal dalam jihad tu ‘

kata mama cuba meredakan sedihnya .

Makcik agak terkejut berkerut dahi bila mama bagitau begitu…Jihad? gamaknya dia ingat berjihad itu hanya bila pergi berperang je kot.ehehhe..

Bukankah menuntut ilmu untuk menghilangkan kejahilan diri itu satu jihad fisabilillah?

*cpr