Wah!matahari terik sekali di sini..seawal pagi cuaca panas mencengkam kulit bahangnya..ehehehe intronya best tak?..

Sebenarnya nak citer tentang laman baru sekarang ni..tapi laman ni silap musim kerana cuaca yang kurang mesra dengan pokok yang nak ditanam…tapi itu bukan alasannya kan..kalau apek kat nursery tu boleh tanam pokok segar bugar dalam cuaca gini kenapa pulak mama nak beralasan untuk mencantikkan laman mama yang sekangkang kera cuma tu.

Lupakan Laman yang ada pergola atau gazebo yang ada kolam ikan koi mengalir dibawahnya …biarlah di dalam impian saja ..pejam mata cuba lakarkan laman baru mama..tanpa perunding lanskap tanpa upah, design dan buat sendiri dengan bantuan anak -anak dan abahnya plus our kucing ‘ER’ yang tolong ‘kacau’.
Tadaaaa orait jugak kan..

dsc_1566

Entah camna dah gian nak menanam roses plak..walaupun cuaca punya la panas tapi nak cuba jugak tanam bunga rose tu..apek nursery tu bagitau ros jenis ini boleh tahan panas..jadi mama cuba ler jugakk sedang kan tulip pun tumbuh di Tepeng,anggur berbuah di Perghleh ..berangan ler mama nak cipta English garden dengan pelbagai kaler pokok bunga ros itu…ehehe..nanti kalau menjadi mama storikan lagi.

Sekarang dengan ada kerusi dan buaian kat situ.. dah jadi tempat lepak kami sekeluarga ..cuma malam-malam ada jiran yang perasan bau harum bunga kerak @kesidang yang mungkin meng’hantui’ mereka.Masih ada yang percaya pada keliwon gamaknya …yang pasti abah pun dah mula merasa senang dengan bau harum laman mama..Kucing mama ‘ER’ pun asyik melepak depan tu aje ..
DSC_1560

Sekarang dah ada berbagai species bunga kat laman seperti heliconia ‘crab claw’,roses,rain lily,daisy, petunia,mother-in-law tongue@lidah buaya,melur, bunga 3 warna yang namanya pelik gak ‘yesterday,today tomorrow’ dan species baru jumpa..ehehe bunga t*h* ayam..

Pokok halau nyamuk yang baru beli tu berkesan juga untuk cegah nyamuk mungkin sebab baunya cam redsect tu..
pokok halau nyamuk