Berwaspadalah …
mutakhir ini banyak penyakit berjangkit yang sedang mengganas dan menular di sekitar kita selain Denggi,Chikungunya,Influenza A H1N1…

INFLUENZA A H1N1:-
PUTRAJAYA 15 Mei – Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan seorang pelajar menjadi penghidap pertama virus influenza A (H1N1) di negara ini.

MENINGITIS:-
PUTRAJAYA 15 Mei – Seramai 10 orang daripada 42 pesakit yang dirawat di Hospital Melaka kerana disyaki menghidap virus meningitis hari ini dibenarkan pulang.

RUBELLA:-
BUTTERWORTH 15 Mei – Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengesahkan simptom selesema dan demam panas yang dialami lebih 100 pelajar Sekolah Menengah Sains Tun Syed Shahabudin di sini bulan lalu adalah disebabkan jangkitan virus Rubella.

PERICARDITIS:-
SEREMBAN 15 Mei – Kematian seorang pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jempol semalam disahkan berpunca daripada penyakit perikarditis akut, iaitu radang di selaput jantung,29 lagi pelatih pusat itu kini turut diletakkan di bawah pemerhatian.

LEPTOSPIROSIS:-
PULAU PINANG 15 Mei – Seorang mati manakala 26 lagi pendatang asing tanpa izin (PATI) dirawat di dua hospital di negeri ini akibat dijangkiti leptospirosis iaitu penyakit yang kini jarang berlaku disebabkan kencing tikus.

CHIKUNGUNYA DAN DENGGI……masih lagi terus menular