Minggu lepas berombongan kami sekeluarga bersama Zam dan Ila melawat produk halal di Pameran MIHAS 2009 di perkarangan Maltrade KL.Pameran 2 hari yang dibuka pada publik mendapat sambutan luarbiasa..menyangkakan pameran akan berakhir hingga ke malam kami tiba di sana pada petang Sabtu,..rupanya dah ditutup petang.

Esok paginya kami diantara pelawat yang terawal tiba, selepas mengisi borang pelawat dan borang lucky draw yang di desak supaya disisi juga oleh adik yang menjaga di situ(mama takmau isi sebab dah tau selalu takpenah lucky pun ehehehe..)kami mula meronda dari satu gerai ke satu gerai , dari gerai antarabangsa hingga gerai dalam negara..jenuh merasa makanan free yang di suruh cuba,minuman free yang di jemput rasa ..seronok anak-anak mencuba bermacam produk hingga akhirnya anak bungsu mama yang sangat excited merasa semua yang di offer give-up kekenyangan..ehehehe gitu sekali..

Tapi mata mama tiba-tiba terperasan pada satu gerai yang dikerumuni ramai anak-anak muda..wah! apakah yang istimewa itu?
Tinjau-tinjau rupanya gerai yang mempromosikan beer halal? dengan botol yang serupa cam beer biasa sekali pandang..enggan rasa bila di’offer’ mama menarik tangan Arif jauh ke satu sudut,anak-anak yang lain entah ke mana..harap-harap mereka pun takteruja dengan beer halal ini.
Wah! nampaknya ramai juga yang masih teringin merasa camna rasa enaknya beer yang kononnya halal?

Agak terkilan..bila bahagian perdagangan sendiri tidak sensitif dengan perkara begini..kalau dah beer namanya jangan dihalalkan..walaupun katanya minuman itu berasaakan air barli yang diperam tapi kenapa nak dijenamakan ‘beer halal’ bukankah mengelirukan umat namanya tu?
beer
~orangramai yang mencuba beer halal?~

“kalau dia jual pork halal nak rasa juga ke?”

Mama tanya Arif,

“Uish !mama ni?”

mungkin Arif faham mengapa mama tak benarkan dia merasa minuman itu tadi..