Rasa serabut melihat laman depan yang dah lama terabai tapi bau harum bunga kerak nasi yang sedang meriah berbunga mengamit kembali semangat ber’garden’.
Masih ingat pada 6 pokok bunga kerak nasi yang mama beli suatu ketika dulu?Satu dah hadiahkan pada jiran sebelah, satu dah beri pada Ayang dan yang tinggal 4 pokok tu dah mesra memanjat melingkar atas trelis yang di sediakan..dan sekarang setiap pucuknya dah berbunga harum…bila buka pintu diwaktu pagi harum menerpa masuk ke hidung..terapi minda yang berkesan setakat ini..
newgarden

Semangat nak berlaman kembali berbunga bila melihat pameran bunga di JJ baru-baru ini..bunga dahlia yang cantik berwarna-warni merah,meroon,pink,putih dan kuning tu semuanya mama borong bawa balik kononnya nak create English garden pula gantikan ros yang mungkin susah nak berbunga di cuaca begini.Tambahan lagi musim hujan waktu itu memang sesuai sangat untuk bercucuk tanam..malangnya dahlia layu bila di tanam,entah kenapa enggan hidup di laman mama.
Orait jangan mengalah..mungkin ada pilihan lain kan?
cuti hari pekerja lepas mama dan famili bergotng royong membina laman baru…ehehehe nak guna landscaper tak berbaloi rasanya..rasa ada sikit bakat dalam diri yang boleh digunakan…tungguuuu