“Hello..kak, kita punya road tax tak boleh renew..geran kereta kita tak der di bank ” adik di ujung talian(mana ada tali enfon saja) memaklumkan.

Dah renew roadtax tahun ni?pejam celik dah cukup masanya untuk buat perjanjian semula dengan syarikat insuran kereta setiap tahun dan renew semula roadtax.Alangkah bahagianya kalau semuanya ini takpayah kan?..Rasa macam tiap-tiap tahun tu percuma aje bayar duit kat agen insuran tu cam mencurah garam ke laut aje …syarat wajib yang membebankan.

Aik! selalu tu mudah saja ..tepon syarikat kereta yang juga penjual insuran kereta tu..bank-in duit..then tunggu je zup zap pos laju, roadtax pun sampai di atas meja.Mudah kan?

Rupanya agen penjual kereta syarikat kereta tu yang selama ini jadi runner untuk menguruskan hal-hal gini dah cabut lari..dah diberhentikan kerja..dah keluar namanya dalam suratkabarpun kata dia dah ‘tak ada apa-apa urusan dengan syarikat kereta tersebut” tapi padahnya kami yang kena..bukan kami tapi beberapa customer lain pun mengalami nasib yang sama bila syarikat terlalu percaya sangat dengan staff dia yang satu ni..dan bila amanah dikhianati yang mudah menjadi payah.

Mujur ada Myeg memudahkan segalanya…ehehe