mykgview
myhouse
Hmmmm. dah seminggu balik kampung baru dapat upload gambar dari sana.
Cuaca agak panas dari biasa walaupun bendang dah penuh dengan air..musim menabur padi sudah bermula.
Ayah masih ketagih untuk turun ke bendang walaupun puas dilarang,katanya hanya sekadar menebas rumput dibibir batas bendang sebelum kerja menabur dilakukan.

Emak dah jenuh melarang tapi kata ayah dia lebih rela berpeluh di bendang dari duduk berpeluh kosong.di rumah…rasa lebih sihat katanya walaupun kesian tengok dia dua tiga kali berenti penat di atas batas sawah …tapi dia lebih bahagia begitu apa nak buat kan?
ayah11
ayah
Risau juga atas batas bendang tu bila tengok banyak lubang ular..kata ayah dah banyak ekor ular senduk yang telah terserempak dengan ayah, ada yang berjaya dikorbankannya ada yang hanya di biar pergi kalau tak mengganggunya..mungkin dibiar untuk menangkap tikus yang suka merosak padinya.Nak harapkan burung hantu yang bertapa atas pokok kelapa depan umah ayah mungkin tak dapat menghapus tikus yang semakin banyak tu.

Tengok lah ayah..masih cinta dengan sawah bendangnya berbanding cucu -cucu yang hanya sekadar meniti batas bendang mencium lumpur..
ayah01
kgkids

Sambail bersantai ketagih udara petang sempat mama snap gambar-gambar ini sekitar umah..
kgview3

Dari batas bendang…fuh! cobra jangan jengoi please..
kgview
kgview2

Owh!matahari dah nak tenggelam..kalaulah chaletku menjadi kenyataan hari-hari dapat capture pemandangan indah ini.
kgview1

Buah kampung yang mama sendiri taktau apa namanya..
fruit
nampak serupa ceri tapi bukan ceri dan bukan cermai ,rasanya masam manis
fruit1

begini rupa pokoknya
dekmira
bila masak berwarna merah gini
kgfruit
close-up sket
localfruit