“Adoi! sakitnya..kayap ke ni?” makcik ni memberi diagnosis sendiri bila terbongkok jalan menahan sakit di perutnya.

Nampak gayanya cam sakit tu serupa macam ada kayap melingkar kat pinggangnya..Mama minta dia baring untuk periksa perutnya..tapi bila diselak nampak camgini.
dsc01357

Warna putih disekelilingnya benda hitam tu adalah kapur sireh yang telah disapu kononnya untuk ‘mematikan’ kayap yang telah di jampi oleh pakar kayap di kampungnya.

“macam ada makhluk asing je kat sini makcik”mama cuba berseloro.”Ada masuk dalam semak sebelum ni?”

“Uish tu kulit makcik yang mengelembung tu..semalam makcik garu dia dah pecah..pagi ni nampak dia dah berisi semula”masih bertegas dengan diagnosisnya..Takpa makcik nanti saya tunjukkan…

Mama spray LA untuk redakan sakitnya..pastu titik dua-tiga titik ubat yang patut pastu tadaaaa!..berdebuk! makhluk tu tergolek jatuh …mama ambik letak atas gauze ….letak bawah cermin mikro dah tunjuk pada makcik tu.aik!masih boleh bergerak lagi.Makhluk halus ni berlenggang kangkung dia berjalan dengan bellynya yang mengelembung tu..terkejut beruk makcik.Benda kecik yang membawa kesakitan teramat sangat pada perutnya rupanya hanya sebesar saiz tahi lalat saja..rupanya begini..

dsc01360
dan bila di telentangkan begini rupanya..
dsc01361

Hah sekarang baru dia percaya..

“Laaaa! kutu b*b*” jeritnya mengubah diagnosisnya tiba-tiba.”eeeeeeee malunya nak citer ngan orang nanti” sambungnya sambil bangun menutup perutnya.”Ni mesti dapat dari ayam makcik.. 2-3 hari lepas makcik bawa turun ayam yang beranak kecik dari reban belakang rumah.Makcik selalu nampak ada kat badan ayam makcik ni”..siap ngan data lokasinya …wah makcik dah bagi lebih dari yang mama perlukan.

Mama pecahkan perut cikenit kecik(tick) tu nampak hitam darah makcik yang telah dihisapnya mungkin dua tiga hari lepas dah duduk bergayut di situ..dan serahkan ‘bukti’ penyakitnya untuk ditunjukkan pada pakcik yang sedang menunggu diluar.

Kesimpulannya…seeing is believing.