Arif sedang belajar topik food preservation minggu lepas.Bagusnya
cikgunya ajar buat jeruk/pickle sebagai salah satu cara untuk preserve food secara praktikal.Merasalah Arif membuat sendiri walaupun terkial nak kupas betik sendiri.

Hari dah hampir gelap pun bila tiba-tiba malam minggu lalu Arif bagitau cikgu sainsnya suruh buat jeruk betik untuk dibawa ke kelas esoknya.Mana nak cari betik muda gelap-gelap gini..diluar hujan renyai-renyai.Abah belum balik, dia ke KL ambik keter Along yang di tinggal seminggu tuannya kena ke Kem Trendak ..hehehe merasalah Along berkepala botak,tanpa enset,tanpa laptop,tanpa internet,tanpa camera… semua kena tinggal..kena belajar hidup seperti tentera katanya…

Jadi mama terkial-kial dok fikir mana nak cari dimalam gini.Betik belakang umah baru belajar berbuah ,muda sangat lagi tak sesuai untuk dijeruk.Teringat Kak Yah ,jiran sekampung yang banyak betik depan dan belakang umahnya yang kat tepi sungai tu..Alhamdulillah…ada kata Kak Yah.So dalam gelap mama, Azim dan Arif mencari betik muda dan mengkal ..sedang cantik untuk dijerukkan.Arif menarik nafas lega…
Jadi jom kita belajar buat jeruk..mana tau kalau ada betik ke,mempelam ke atau buah amra@kedondong eloklah dipicklekan gini..ehehe.

Langkah pertama: Kupas betik..reti ke Arif? Mujur kak Ida tolong..mama pegang kamera ni(alasan kan?)

arif

Buangkan bijinya..nak guna tangan ke mama?..Sudu pun boleh.

arif2

Potong nipis-nipis..

arif3

Kan cantik kalau guna alat ni..Tapi hati-hati jangan sekali ngan jari dibuat corak gitu!

arif4

Gaulkan dengan garam.Biarkan selama 2jam.Lamanya….kata Arif dah ngantuk ni(Jam dah 9malam ).Pastu basuh dan toskan@sejatkan.

arif5

Sementara itu sediakan sirapnya.2 senduk gula dan satu senduk cuka
dimasak dengan 2gelas air.Bila dah larut gulanya sejukkan sebentar.Semua ini dah disiapkan dah awal tadi.So tunggu betik je.
arif6

(Part ni Arif dah tertidur..so mama yang take over.)
Pastu masukkan semua betik yang dah potong tadi ke dalam bekas dan tuang air sirap tadi ke dalamnya..

arif7

arif8

Esoknya mama dah masukkan dalam balang kecil ini untuk dibawa dan disimpan di sekolah.2-3 hari dah boleh dimakan sebenarnya.
Sekarang Arif dah faham kenapa food preservation kaedah jeruk ni boleh tahan disimpan lama..Garam,gula dan cuka dapat membunuh microb yang boleh merosak kualiti makanan seperti buah-buahan ini.Bestkan kalau dapat belajar sain dan buat praktikal yang berguna gini..Pasni boleh jadi pengusaha jeruk plak.

Last-last ada yang terliur dengan jeruk Arif…ehehehe.Selamat mencuba