“Berhubung dengan Tuhan melalui talian tanpa wayar”

Hampir semua individu online setiap hari. Dalam zaman global ini, internet, emel, ruang sembang seperti Yahoo Mesengger, Skype, jaringan sosial seperti Friendster, MySpace, Facebook dan sebagainya adalah medium perantara yang sinonim dengan masyarakat dalam berkomunikasi. Tidak kira di mana sahaja kita berada, online sentiasa berlaku tanpa mengira masa dan waktu.

Namun, hidup ini sebenarnya terkawal dan mempunyai hubungan langsung dengan Super Kuasa. Jaringan dengan makhluk adakalanya menjadikan kita lupa bagi mencipta jaringan langsung dengan Pencipta.

Buku Online dengan Tuhan membawa pembaca menyelami hubungan antara hamba dengan Tuhan yang lebih hebat dan melampaui teknologi online yang ada pada hari ini. Hubungan tanpa wayar (wireless) yang jauh lebih awal dan sudah bermula sejak Nabi Adam mula diciptakan. Buku ini dipersembahkan dan diolah secara komparatif dan praktikal.
onlinedgntuhan

Begitulah sinopsis buka yang baru selesai mama membacanya….
Dan mama cadangkan buku yang wajib di baca sebagai reminder bilamana ada ketikanya masa kita lebih banyak merenung monitor berbanding merenung sejadah…
Paling mengetuk jiwa bila penulis menyebut..bayangkan kalau kita menerima bil bulanan dari Tuhan e.g untuk setiap oksigen yang dihirup dan takmampu menjelaskan tunggakan berserta amaran service akan di potong kalau tak jelaskan bil…Huh!pernah terfikir camgitu?

Cintakan bunga, bunga akan layu. Cintakan manusia, manusia akan mati. Cintakan teknologi, teknologi akan basi. Cintakan Tuhan, Tuhan kekal abadi. Justeru, manfaatkan teknologi agar diri lebih dekat dengan Tuhan dan bukannya semakin jauh dari Tuhan.