Kecoh kejap pekan kami bila camna tiba-tiba b*b* hutan boleh meradang meluru masuk KFC di pekan ini suatu hari..kejadian ini berlaku semasa kita semua sibuk-sibuk dok kempen boikot barangan keluaran Israel.
Gamaknya B*B* yang selalu kita hina walaupun dia ni makhluk ciptaan Allah juga sebenarnya meluat dan telah menunjukkan kebenciannya dengan cara begitu…turut protes ke?.Mungkin kah begitu?

Pecah berderai cermin kaca bila dirodok ganas binatang tersebut, kecoh pelanggan melompat tanpa sedar naik atas meja ketakutan.Mama boleh bayangkan tentu kecuh dan kelamkabut didalam tu bila binatang yang ditakuti ni boleh bolos masuk ke situ.Camna boleh terbabas ke sini itu sukar nak dijelaskan .

” Mujur kami selamat duduk di sebelah kaunter “.Gadis Melayu ,pekerja di situ bercerita di klinik suatu hari.
Pastu kabarnya kelam-kabut juga pihak kedai ni bawa pihak yang arif agama datang tolong samakkannya sebelum timbul krisis keyakinan ke’halal’an produk mereka…

Taktau apapulak nasib siB*B* tu..kalau terjumpa ngan Orang Asli mungkin nasibnya jadi gini..
bb1