Pernah tengok buah remia?buah gemia atau buah kundang?BILA teringat buah ini kecoq airliur kan?
Masa mission possible ke G.Musang baru-baru ini sempat jugak menyinggah di pasar G.M dan hajat hati mencari kopok lekor untuk dibawa pulang…laju mama mencapai sebungkus kopok lekor dan zup zap nak laju nak ke kereta(sebab semua dah menunggu) tapi opppps!mata terpaku kepada buah ni…
buahsetaq
Kenal tak?…close-up sikit
setaq

Wah! ni la yang dicari!Buah remia kata orang utara,kundang disebut orang tempat lain .Tapi ada yang kata inilah buah setaq ,asal nama Alor Setaq pun katanya dari pokok ini.
Mamapun tak pasti, nak kena tanya YB Dato’ Azizan MB Kedah kot dia kenai…ehehhe.

Tapi buah remia yang biasa mama makan di kampung dulu,dok cicah ngan garam belacan(kuah rojak) punyalah masam ..berwarna hijau berbiji ungu(mungkin sebab itu orang utagha pangge kaler ungu=biji remia)rupanya camgini..
remia5

Tapi buah remia sebelah Kelantan ni isinya manis dan bila makan tu tak terasa nak lagi dan lagi…Dan sempat mama beli untuk dibawa pulang..
kundang2
hirisan-setaq