Huh!diagnosis glamer ni..
Tahu tak penyakit gini lagi mudharat dari penyakit fizikal tau.Kalau luka ditangan nampak darahnya..luka dihati?X-Ray pun taknampak ,Scan pun tak boleh kesan…
Jadi jom kita cuba selami perasaan ini..

Meluru masuk seorang ibu muda 30an,berjaket tebal seperti dipakai
penunggang motor Harley-Davidson,berstokin cam dalam pantang..terketar-ketar kesejukkan minta dioffkan kipas di bilik rawatan,memegang kepalanya yang kesakitan ..naik mengerekot diatas katil,anak-anak lelakinya dalam usia 4tahun dan 2 tahun mengekor masuk berguling meniarap berseloro sesama mereka atas lanati bilik rawatan tu di usir keluar emaknya.Mencicit mereka berlari keluar tapi masih bergelak riang ..ye la mereka bukannya tahu apa masaalah emaknya kan?

“Tolong doktor saya ni mungkin ada penyakit saraf tunjang ni,kebas -kebas semua tangan dan jari ni, uwek!uwek!” muntah dua kali ..nampak cam laksa yang belum sempat hazam dalam vomitusnya..(jangan geli..awak kan kena tengok apa kandungan muntahnya..)
mungkin ini surirumah educated ni , rajin membaca ..mungkin banyak membaca kolum kesihatan di akhbar-akhbar kot?Yang ambik simptom penyakit pastu letak di diri sendiri..ini kerap berlaku bila layman membaca tentang penyakit .Jangan mare …ini selalu terjadi.

“Dah scan kepala ni doktor kata tak ada sakit apa.Doktor spital tu pesan kalau sakit lagi takyah datang lagi kesana, pegi je jumpa doktor lain” Aikk!pelik.. betoi ke ni?

Lepas peksa,test urine(alamak significant), dan bagi injektion untuk settlekan sakit kepala dan muntahnya dan biarkan dia berehat sebentar.
Dah azan asar biar mama pegi semayang dulu sementara dia berehat jab.Nanti nak storikan sikit dengan dia.Nampak gaya bukan setakat penyakit fizikal aje ni.Nampak resahnya lain macam.Kebetulan patient yang last ni bleh lama sikit pasni.

“Awak takkerja ,tapi dirumah tentu banyak kerja kan?” mama cuba bertanya bila dia nampak dah relax,jaket tebalnya pun dah ditanggalkan, dah boleh duduk,takder uwek uwek lagi.Tengok ke’nakalan’ anak-anaknya tadi membuatkan mama cuba menduga resahnya.Rasanya stress nya yang lebih yang mungkin diterjemahkan dalam penyakit fizikal.

“Memang ler banyak kerja kat umah tu.Nak kena jaga mak mertua lagi yang stroke,nak jaga anak-anak yang ‘buas’ lagi.” sampai hati dia kata anak dia ‘wild’ gitu.Kalau opah dengar tentu dia tak suka,pantang sebut camtu kat bebudak.

Saya bukan tak boleh jaga emak mertua saya tu,tapi saya geram gak.. yang anak-anak dia lain 10 orang lagi tu kenapa takmau jaga sama.Anak pempuan dia kan ada (huhuhu mama tak ada anak pempuan camna?sapa nak jaga tua nanti?).Lagi satu mak mertua saya ni pulak banyak kira (banyak kerenahnya),kalau masak tak setuju ngan dia dia suruh pergi masak lain,bagi baju pakai dia kata tak suka pakai baju tu nak baju lain..letih saya dibuatnya.
Pastu suami pulak asyik sebelah mak dia saja.Yang betul mak dia aje.Saya geram jugak.
Ni bila sakit gini suami marah-marah kenapa selalu sakit.Sanggup dia kata, dah la emak sakit ,awak pun sakit juga..sampai hati dia”

Tu dia! kan dah terlerai masaalah sebenar yang terbuku disimpan.

“Sekarang saya sakit gini doktor hantar saya masuk wad pun saya sanggup,biar emak dia… dia hantar pergi duduk umah adik beradiknya yang lain.Saya dah larat nak jaga “

Begitu sekali jalan keluar yang dipilihnya.

Berat telinga mendengar, berat lagi bahu yang menaggungnya kan?Dalam keadaan begini pesefahaman dan timbangrasa pasangan sangatlah diperlukan…Pernah dia berbincang dengan suaminya ..

“Suami asyik layan emaknya saja.saya tak dipedulikannya”Dah kena penyakit attention deficit disorder plak ni..Pastu sang suami plak tentu lagi pening ,nak ditelan mati emak ,nak diluah mati isteri camna tu?

Bila dah jenuh bercakap panjang dengan isteri ,kerutnya dan sakitnya tadi nampak dah hilang..dah nampak tenang mungkin dah lega dapat meluahkan yang terbuku dihati..
Bila isteri dah yakin apa yang mama cuba ubatkan ..fizikal dan mentalnya serta emosinya.dia melangkah keluar.Tangan tidak lagi memegang kepalanya,jaket tebal tadi dipegangnya saja…mungkin tak sejuk lagi
Sang suami masuk dan bertanya,
“Seriuskah penyakit isteri saya?Perlu masuk wad ke dia?” nampak risau dalam lebat misainya.
Dia angguk setuju bila dibagitau apa sebenarnya….Dalam hidup rumahtangga mesti ada berbelas-kasihan baru boleh menyambung kasih-sayang kan?

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
(Surah Ar Rum, Ayat 21)