Aduh!badan terasa sakit semua gara-gara menjadi ajen CSI..tapi bukan siasat mayat cam dalam citer tu sebenarnya menjadi ejen me’narik’kereta..
Mula-mula tu semua dah macam tak jadi..tiba-tiba bila ayah nekad tepon ‘pemilik’ kereta adik …jenuh dok kompromi ngan dia akhirnya baru dia nak serah kereta tu kembali dengan bersyarat tunai sebagai tukarganti..Hampeh! yang dia dok pakai kereta tu free selama ini dengan beban hutang adik mama yang menanggung selama ini dia tak peduli?

Bukan 3bulan tapi dah 3 tahun!Dah puas pujuk..dah jenuh berbincang..cuma tak mau buat aniaya kat dia saja..kalau ikutkan boleh saja report dia curi kereta tu habih cerita..janji palsunya kononnya nak terus sambung bayar tak dikotakan..Ini jenis manusia yang tak takut Tuhan.manusia munafik….yang hanya takut pada undang-undang dunia.

Kesian Zam yang terperangkap dengan keadaan,hanya kerana tersilap jual taktukar nama,bank dah nak blacklistkan nama dia kalau takjelaskan bakinya,mau takmau hangus juga lebh 20K+ kat bank..nak bersihkan namanya.Tapi keretanya takdak dalam tangan..sebaliknya orang lain yang melaram kete tu tanpa perlu risau dimufliskan.Zalimkan?

Berdasarkan clue yang ada kami nekad sekeluarga berombongan seramai 12orang nak pergi sendiri berjumpa dengan dia.Nunnn! diGua Musang tempat yang kabarnya tempat simpan lebih 2,000 buah kereta berpenyakit begini. yang dijaga oleh sindiket yang kononnya berselindung disebalik kumpulan 3line, kumpulan yang kononnya amal maaruf nahi mungkar.
simpangpulai
ch_road11
Perjalanan awal pagi merentasi banjaran Titiwangsa dari Simpang Pulai hingga ke Gua Musang dimulakan dengan ayah membaca doa selamat sebelum kami sekeluarga melangkah keluar pintu umah mama.Semuanya sehelai sepinggang kerana berdasarkan perkiraan kalau semuanya berjalan lancar sehari perjalanan pergi dan sempat balik pada hari yang sama ..tak perlu bermalam.Lagipun semua kanak-kanak tak ikut serta misi ini kecuali Haikal yang masih kecil.
haikal
Abah dan my bro-in-law,Usop jadi pemandu terhormat ..membawa kami yang kalau apa-apa terjadi hanya tinggal Rohaya ,adik di Penang yang akan menjaga waris lain yang tinggal..Ayah,emak,mama,Zam dan Angah dalam satu kereta dipandu abah dan MPV saatu lagi dinaiki Zaharah,suaminya Maie,Rohani,Haikal,DekMira dan Hapit dipandu Usop.

Tepat 12 tghari kami tiba di G.Musang(sori takada gambar atas highway Simpang Pulai-Gua Musang-x ada mood nak ambik gambar)..singgah balai polis buat report dulu then lunch pastu bertolak ke tempat yang dijanjikan..suspen jugak mulanya…orang yang nak kami jumpa di tengah gazebo di dataran Kesedar tu rupa tidak sendirian..ada 3orang kawannya bersama ..dan di atas jalan depan kedai makan mama perasan juga ada lagi..atas lori pun ada..dalam van pun ada sedang memerhatikan kami.Mungkin mereka ingat kami akan datang seperti ajen tarik kereta macam samseng tu..yang berbadan tegap berkepala botak denga otot berbenjol dilengan serta berdada berketol ketol kot?
meeting
gmuse
Mereka silap telahan bila melihat yang datang; ayah yang agak uzur berjalanpun tercungap penat,emak je masih tegak berjalan takperlu dipimpin yang sentiasa meyakinkan kami,anak-anaknya biar berlembut dalam berbincang dan mengalah jika perlu demi kepentingan semua..ipar mama , Maie yang sentiasa tersenyum ramah menegur siap saja,Usop bermisai tebal tapi lembut dalam tegasnya, Abah tetap konfiden sebagai jurucakap ditemani bekas staff dibawah jagaannya semasa abah bertugas di sana 20tahun yang lalu.

“Beri duit dulu baru ambo g ambik keta”

tegas ‘pemilik’ kereta Zam yang hanya bersinglet putih Pagoda yang di panggil Abe Wee oleh saingnya yang lain..
Mana mungkin gitu?
Kami sebaliknya bertegas jugak nak tengok kereta dulu baru janji dikota.
Dah puas dipujuk dan di’jampi’ ehehehe..akhirnya baru Abe Wee ni berlembut .Susah sangat nak berbincang dengan demo ni.Tapi masaalahnya kereta yang dijanji untuk dipulangkan tak berada di situ,katanya masih di simpan di nun Kuala Krai ~1jam perjalanan lagi kalau nak ke sana.Aduh!!!!!Jauhnya di sorok?Sabar mama dah hampir-hampir nak hilang limitnya mujur dia buat keputusan segera nak pegi ambil bawa ke tempat kami berada.Katanya beri dia tempoh 2jam untuk pergi kesana dan bawa depan kami kereta tu.Okey..kami tunggu…masih bersangka baik.

Kami buat keputusan untuk lepak di masjid untuk selesaikan kewajipan dengan Allah bersolat jamak dan qasar disamping melepaskan penat letih di situ.Nak chek-in kat hotel ayah kata tak berbaloi pulak untuk tempoh 2jam tu.
masjid

Congak congak masa lebey kurang jam 4petang boleh le selesai semua urusan dan boleh le bertolak balik sebelum hari malam.
Tunggu punya tunggu dari langit cerah bertukar gelap,dari siang menjadi malam,dari panas bertukar hujan ribut..hingga hampir maghrib kereta yang dinantikan tak muncul-muncul juga..bila tepon tanya macam macam alasan diberikan..Mujur sesi pujuk memujuk antara keluarga berjaya mengurangkan panas hati masing-masing..sabar mak dan letih ayah menenangkan kami ..
cathaikal

Selesai Maghrib baru Abe Wee ni tepon suruh ambik kereta di tempat yang dijanjikan.perjanjian dikotakan.kereta dan cash bertukar tangan..paksa rela kata Zam.Benci kami melihat pastu dia dengan bangganya melaung kengkawannya ajak ke kedai makan.Tak sekelumit rasa bersalah pun.

Rupanya kengkawan Abe Wee yang kesian melihat nasib kami menceritakan siang tadi sebenarnya ramai geng Abe Wee dok tunggu disekeliling untuk sebarang kemungkinan…Fuh!gitu sekali.Depa ingat kami ni gengster ke apa?

Hapit, bakal mekanik kami peksa kereta Wira kesayangan Zam yang dibelinya dengan duit kerjanya 7tahun dulu mujur masih elok..cuma jalannya tersengguk-sengguk..perlu direpair.Road tax dah mati sejak 2006..
Di luar hari dah gelap,hujan masih renyai-renyai mana mungkin berani kami nak meredah highway Gua Musang -Simpang Pulai dalam gelap gulita malam berkabus camni.

Lagipun kereta yang kami nak bawa balik pun tak sempat cek lagi sihat ke tidak nak melalui jalan berliku penuh gaung tu..so buat keputusan bermalam di sana.Call Along di umah bagitau kami tak jadi balik minta dia jaga adik-adinya Ajim dan Arif serta sepupu-sepupu mereka, Mat, Kak Anis, Dekna, Melia.Kebetulan letrik takder pulak kata Along.Kesian Arif…

Kami check-in di hotel Fully Inn semua dah kepenatan ..apa-apapun esok kita selesaikan…Terliur nasi kerabu, kopok lekor dan nasi dagang menjadi igauan.Rezeki kami telah ditentukan untuk makan pagi dan tengahari di Gua Musang hari ini.
parent
check-out
Selesai report polis sekali lagi untuk bawa kereta balik ,bawa cek ngan mekanik …
dsc00917
baru bertolak balik,Jam 5 petang baru kami tiba di rumah…12.30malam baru depa semua sampai di kampung.