Result dah keluar.Jangan tanya keputusan peksa Angah kerana resultnya jauh tersasar dari yang diramalkan cikgu yang meletakkannya dalam top 10 di sekolah..tidak terbilang,tidak juga cemerlang walaupun tidak gagal.
Semalam mama dah top-up kredit Angah supaya senang membalas sms dari semua saudara mara yang pastinya menunggu keputusan Angah lebih-lebih lagi Anjang,MakLang Ani dan Makngah.Tok dan Opah tentunya menunggu call dari Angah nanti.
Mama tahu Angah agak kecewa dengan keputusanya itu ..tapi awal pagi tadi abah dah pesan ngan Angan apa-apa keputusan terima dengan hati terbuka.sudah terlewat untuk menoleh kembali..perjalanan perlu diteruskan…..mama tahu selepas ini jalan akan lebih berliku buat Angah.
comic12
Usah takut Angah, dare to fail @berani gagal dan bangun dari kegagalan itu kita akan menjadi lebih kuat menghadapi arus kehidupan.Biar anak-anak mama cemerlang emosi, terbilang pekerti serta berusaha mencari ilmu yang diminati..

murga

Apa-apapun Angah masih ingat dengan baris-baris ini?

I can only guide you and give you a helping hand,
You will choose the path to take now that you are a man.
Along the road that you will choose, whatever that may be,
Just remember this my son that you can count on me.

I will not try to push you to live life in my own stride,
I only promise I will love you and stand by your side.
I know that you will make mistakes and life is full of them,
But realize my love for you will not let me condemn.