ayah
Masih ingat cerita ayah panjat(naik lif) ke Pejabat Menteri Pembangunan LuarBandar di Putrajaya hanya untuk memohon peruntukan jalan kampung kami suatu masa dulu?Baca di sini

Hari minggu yang lepas ayah dah mampu tersenyum sampai telinga bila jalan kampung kami dah diturap tar hingga ke lorong-lorong kecil depan tangga..

Mama saja textkan mesej ini kat ayah bila adik di kampung bagitau hal tersebut,

“Tahniah ayah, berbaloi usaha ayah .Hari minggu ni kami balik nak cium tar baru”

Walupun Dato’Aziz dah pencen tapi mama rakamkan juga ucapan terima-kasih untuk Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Dato’ sendiri yang mengambil endah menjawab sendiri surat yang ayah hantar tempohari…biarpun mama tahu ramai yang lebih suka memperkatakan perkara buruk orang politik tapi tidak salah kan bila perkara yang baik dihebahkan juga..perkara kecil ..yang cuma jalanraya kampung yang tak glamer tapi memberi seribu faedah kepada penduduk kampung untuk keluar berurusan..murid sekolah mencari ilmu, penduduk keluar masuk mencari rezeki,dan seribu satu tujuan yang mudah-mudahan semuanya memberi pulangan pahala juga kepada orang bertanggungjawab membinanya..

Ayah..pasni kita mohon peruntukkan baikpulih surau kampong pulak ye?